Pahang

19 calon SPM dikuarantin

Kuantan: Seramai 19 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada 22 Februari ini, ditempatkan di pusat kuarantin Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), pada Rabu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semua pelajar itu adalah di kalangan anak ibu bapa positif Covid-19. “Langkah itu untuk memudahkan pelajar …

19 calon SPM dikuarantin Read More »

MUIP sumbang barangan keperluan kepada Penjara Bentong

Temerloh: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang barangan keperluan asas bernilai RM30,000 kepada Penjara Bentong, pada Rabu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan berkenaan untuk kegunaan warga penjara dan penghuni pusat kuarantin di penjara terbabit. Beliau berkata, bantuan kali pertama itu bagi meringankan …

MUIP sumbang barangan keperluan kepada Penjara Bentong Read More »

MPK BUKA 200 PERMOHONAN PERMIT BAHARU HANTAR MAKANAN

KUANTAN : Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah membuka 200 permohonan bagi permit menghantar makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato’ Hamdan Hussin berkata setakat ini pihaknya telah menerima 169 permohonan daripada penghantar makanan. “Kita telah membuka 200 permohonan permit baharu untuk PKP kali ini di mana …

MPK BUKA 200 PERMOHONAN PERMIT BAHARU HANTAR MAKANAN Read More »

COVID-19: Lebih 20,000 pekerja asing di Pahang belum disaring

KUANTAN: Sebanyak 20,595 pekerja asing di Pahang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 setakat Selasa, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang Tarmizi Mukhtar. Beliau berkata, hanya 977 pekerja asing telah menjalani ujian saringan berkenaan sejak 1 Januari lepas, malah operasi khas melibatkan Perkeso, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Jabatan Tenaga Kerja dilaksanakan bagi memeriksa …

COVID-19: Lebih 20,000 pekerja asing di Pahang belum disaring Read More »

KWSP umum penutupan sementara kaunter perkhidmatan di Pahang

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara kaunter perkhidmatannya di Pahang dari 4 hingga 14 Feb, 2021, susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengenai penangguhan semua urus niaga berkaitan kaunter pada 2 Feb, 2021. KWSP berkata kaunter yang terlibat adalah di Kuantan, Pekan, Temerloh, Raub dan Jerantut. “Dalam tempoh tersebut, ahli KWSP boleh berurus niaga …

KWSP umum penutupan sementara kaunter perkhidmatan di Pahang Read More »

Kerajaan Pahang Berjaya Atasi Krisis Banjir

KUANTAN, 3 FEBRUARI 2021: Hujan luar biasa selama tiga hari berturut-turut telah menyumbang kepada banjir besar yang berlaku pada awal tahun ini sekaligus meletakkan Pahang sebagai sebuah negeri yang sedaya mungkin membela nasib setiap mangsa yang terlibat. Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dana sebanyak RM3 juta telah disuntik …

Kerajaan Pahang Berjaya Atasi Krisis Banjir Read More »

KES JENAYAH KUANTAN MENURUN 35 PERATUS

KUANTAN : Kes jenayah di daerah Kuantan pada bulan ini menunjukkan penurunan sebanyak 35 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Ketua Polis Daerah Kuantan, Tuan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata jumlah kes jenayah ini direkodkan bermula 1 Januari lepas sehingga semalam. “Bermula pada 1 Januari sehingga hari ini, berbanding dengan tempoh yang sama …

KES JENAYAH KUANTAN MENURUN 35 PERATUS Read More »

POLIS PAHANG TERIMA 1,973 PERMOHONAN PERMIT PERGERAKAN HARIAN

KUANTAN: Polis Pahang telah menerima 1,973 permohonan borang permit pergerakan harian di seluruh negeri ini semalam. Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 1,923 permohonan telah diluluskan manakala baki 50 permohonan lagi telah ditolak. Beliau berkata pihaknya juga telah menjalankan pemantauan di 1,478 kawasan di seluruh negeri …

POLIS PAHANG TERIMA 1,973 PERMOHONAN PERMIT PERGERAKAN HARIAN Read More »

Ingkar PKP di pusat pengurusan mayat, 21 dikompaun

Bentong: Akibat gagal mematuhi penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), 21 individu dikompaun di sebuah pusat pengurusan mayat di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mereka terdiri daripada 15 lelaki dan enam wanita berusia antara 14 tahun hingga 75 tahun yang ditahan oleh …

Ingkar PKP di pusat pengurusan mayat, 21 dikompaun Read More »

MB Pahang sahkan telefon bimbit digodam

Kuantan: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengesahkan yang telefon bimbitnya digodam sejak awal pagi ini. Sehubungan itu, Wan Rosdy menerusi kenyataan media hari ini berkata, beliau akan segera membuat laporan polis bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini berhubung perkara itu. “Saya memohon berbanyak maaf kepada semua pihak yang mungkin …

MB Pahang sahkan telefon bimbit digodam Read More »