Pahang

YDP Agong dan Ebit Liew bertemu, bantu mangsa banjir Pahang

TEMERLOH: Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Liew hari ini menzahirkan rasa terharu tidak terhingga atas keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang beliau temui di Temerloh, Pahang semalam. Melalui catatan terbaharu di Instagramnya, Ebit berkata, beliau tidak menyangka terserempak dengan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah di sebuah …

YDP Agong dan Ebit Liew bertemu, bantu mangsa banjir Pahang Read More »

Bulan Sabit Merah UAE bantu mangsa banjir di Pahang

KUANTAN – Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Besatu (UAE) turut serta membantu mangsa banjir di Pahang. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan bantuan dari negara itu terutama dalam usaha membantu mangsa banjir di seluruh daerah yang terjejas. Menurutnya, bantuan seumpama itu kali pertama diterima dan ia amat membantu …

Bulan Sabit Merah UAE bantu mangsa banjir di Pahang Read More »

Banjir: 11,413 mangsa di Pahang masih di PPS

Kuantan: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Pahang menurun kepada 11,413 mangsa daripada 3,039 keluarga yang kini ditempatkan di 126 pusat penempatan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri ini, setakat 8 pagi ini. Berbanding petang semalam, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 14,320 mangsa banjir daripada 3,879 keluarga ditempatkan 128 PPS. Berdasarkan …

Banjir: 11,413 mangsa di Pahang masih di PPS Read More »

YaPEIM prihatin mangsa banjir

MUSIBAH banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia sememangnya memberi kesan mendalam kepada mangsanya kerana terjejas akibat kehilangan harta benda, terputus bekalan makanan dan terdapat antara mereka yang kehilangan ahli keluarga. Banyak pihak di negara ini dalam kalangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan individu yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi …

YaPEIM prihatin mangsa banjir Read More »

JAIP kumpul satu tan bahan cetakan al-Quran rosak akibat banjir

MARAN – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengumpul kira-kira satu tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat yang rosak dalam kejadian banjir di sini minggu lalu. Operasi pengumpulan al-Quran yang rosak dan terjejas akibat banjir itu dilakukan bagi memelihara kemuliaan al-Quran dan dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan JAIP mengikut kaedah hukum syarak …

JAIP kumpul satu tan bahan cetakan al-Quran rosak akibat banjir Read More »

Hujan lebat luar biasa punca banjir di Pahang

KUANTAN – Hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh Pahang punca berlakunya banjir bukan akibat penerokaan hutan yang didakwa berlaku secara berleluasa. Pejabat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan, perkara itu disahkan menerusi laporan awal jabatan berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, Jabatan Metereologi (MetMalaysia) Negeri dan Jabatan …

Hujan lebat luar biasa punca banjir di Pahang Read More »

23,938 mangsa banjir di Pahang

Kuantan: Seramai 23,938 mangsa banjir daripada 6,456 keluarga masih berada 241 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di Pahang, setakat 9 pagi hari ini. Jumlah berkenaan menunjukkan penurunan berbanding petang semalam, yang merekodkan 24,647 mangsa banjir daripada 6,650 keluarga. Berdasarkan rekod, Temerloh mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 11,177 mangsa daripada 3,030 keluarga, diikuti Maran …

23,938 mangsa banjir di Pahang Read More »

Laluan LPT 1 dibuka semula kepada semua kenderaan

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 yang sebelum ini ditutup akibat ditenggelami banjir, kini dibuka kepada semua kenderaan dan boleh dilalui bermula 4 petang tadi. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad (ANIH) berkata, lorong laju di Kilometer 126.3 antara persimpangan Chenor ke persimpangan Temerloh kini dibuka kepada lalu lintas bagi kedua-dua hala. “Ini bermakna …

Laluan LPT 1 dibuka semula kepada semua kenderaan Read More »

Banjir: 13 PPS dibuka di Kuantan

KUANTAN – Sejumlah 33 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dibuka di daerah ini menempatkan 2,434 mangsa dari 33 kampung. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, jumlah keseluruhan mangsa tersebut membabitkan 711 keluarga. “Hal ini berikutan situasi semasa banjir Kuantan akibat hujan berterusan bermula 3 Januari. “Pada masa sama, paras air …

Banjir: 13 PPS dibuka di Kuantan Read More »

Banjir: Lebih 8,000 orang dipindahkan di Pahang

Kuantan: Seramai 8,273 mangsa daripada 2,840 keluarga ditempatkan di 198 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, setakat 9 pagi ini. Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir itu membabitkan sembilan daerah di negeri itu. PPS di Raub merekodkan jumlah paling banyak iaitu 45 PPS, diikuti 36 PPS di Maran, Kuantan (29), Jerantut …

Banjir: Lebih 8,000 orang dipindahkan di Pahang Read More »