Pahang

30 Hektar Hutan Terbakar Di Pekan

KUANTAN: Kira-kira 30 hektar kawasan hutan berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi, Pekan dilaporkan terbakar akibat cuaca panas, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian kira-kira 7.55 pagi. Beliau berkata seramai 26 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat …

30 Hektar Hutan Terbakar Di Pekan Read More »

Jangan Lupus Al-Quran Sendiri – KDN

KUANTAN: Umat Islam di negeri ini dinasihatkan tidak melakukan sendiri proses pelupusan al-Quran lama kerana dikhuatiri dilakukan dengan cara tidak betul. Ini berikutan terdapat segelintir pihak menghantar abu al-Quran yang sudah dilupuskan sendiri ke Program Jom Exchange Al-Quran yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pahang di Masjid As Syarif, Taman Tas, dekat sini, hari ini. …

Jangan Lupus Al-Quran Sendiri – KDN Read More »

Sidang DUN : 159 Menara Telekomunikasi Siap Dibina Bagi Laksana 5G Di Pahang

KUANTAN – Sebanyak 159 menara telekomunikasi daripada 361 tapak yang dirancang telah siap dibangunkan setakat 30 April lalu bagi pelaksanaan rangkaian 5G di negeri ini. Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Encik Fadzli Mohamad Kamal berkata, pembinaan menara ini merupakan satu usaha berterusan dalam menambah baik perkhidmatan komunikasi …

Sidang DUN : 159 Menara Telekomunikasi Siap Dibina Bagi Laksana 5G Di Pahang Read More »

Warga Emas Rugi RM205,990 Diperdaya Pelaburan Tidak Wujud

KUANTAN – Seorang warga emas berputih mata selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang mengakibatkannya kerugian sebanyak RM205,990. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dengan menggunakan wang simpanan peninggalan mendiang suaminya, wanita berusia 70 tahun itu telah menyertai satu skim pelaburan yang ditawarkan menerusi laman sosial. “Mangsa telah membuka akaun permulaan …

Warga Emas Rugi RM205,990 Diperdaya Pelaburan Tidak Wujud Read More »

Tengku Hassanal Zahir Penghargaan Kepada Kerajaan Persekutuan Bantu Pahang

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pemberian peruntukan membantu rakyat Pahang. Baginda merujuk kepada jaminan kerajaan Persekutuan meneruskan projek tebatan banjir termasuk di Pahang yang kerap dilanda bencana itu, selain …

Tengku Hassanal Zahir Penghargaan Kepada Kerajaan Persekutuan Bantu Pahang Read More »

Bantuan Untuk Jemaah Haji Mungkin Ditambah Tahun Hadapan

KUANTAN – Kerajaan Pahang bercadang menambah jumlah bantuan bagi bakal jemaah haji dari Pahang sekiranya kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan yang baik. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan jemaah sebelum ini dimulakan dengan RM500 sahaja tetapi tahun ini setiap jemaah turut dibekalkan dengan Juadah Makmur dengan peruntukan …

Bantuan Untuk Jemaah Haji Mungkin Ditambah Tahun Hadapan Read More »

Sembilan Negeri Hadapi Ribut Petir Hari Ini

KUALA LUMPUR: Sembilan negeri termasuk Sabah dan Sarawak dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca itu dikeluarkan di Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Menurutnya, selain itu, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar …

Sembilan Negeri Hadapi Ribut Petir Hari Ini Read More »

Dua Kereta Bertembung, Seorang Maut, Bayi Dan Ibu Terselamat

TEMERLOH: Seorang lelaki maut, seorang wanita dan seorang bayi cedera ringan dalam kemalangan di Jalan Mengkarak, Kampung Durian Tawar, dekat sini, pada jam 2.27 petang, hari ini. Setakat ini, identiti semua mangsa belum diketahui. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata nahas pada jam 2.27 petang itu membabitkan sebuah …

Dua Kereta Bertembung, Seorang Maut, Bayi Dan Ibu Terselamat Read More »

Persiapan Masak Nasi Minyak, Nasi Dagang Untuk Jamuan Aidilfitri Musnah

KUANTAN: Hasrat seorang peniaga mengadakan jamuan Aidilfitri di kedai makan miliknya, hari ini, tidak kesampaian apabila premis perniagaannya di Lorong Tanjung Api 12, Kampung Tanjung Api, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam. Kejadian pada 7.23 malam itu menyebabkan kedai dua tingkat musnah manakala dua lagi rosak teruk. Pemilik kedai makan Eda Yasin Nasi Minyak Warisan, …

Persiapan Masak Nasi Minyak, Nasi Dagang Untuk Jamuan Aidilfitri Musnah Read More »

Pasangan Kekasih Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Di Kuantan Diberkas

KUANTAN – Pasangan kekasih dipercayai melakukan aksi ‘wheelie’ yang videonya tular di media sosial semalam, ditahan di sebuah rumah di Balok, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata remaja lelaki dan teman wanitanya yang kedua-duanya berusia 17 tahun itu, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan …

Pasangan Kekasih Lakukan Aksi ‘Wheelie’ Di Kuantan Diberkas Read More »