Pahang

18 Mangsa Banjir Berpindah ke PPS di Bera

KUANTAN – Seramai 18 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga, dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bera, hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, mereka ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kemayan selepas kawasan kediaman dinaiki air mulai kira-kira jam 2 pagi susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi. Sementara itu, …

18 Mangsa Banjir Berpindah ke PPS di Bera Read More »

Buaya Tembaga Berjemur Dekat Kawasan Perumahan

KUANTAN – Kehadiran seekor buaya tembaga sepanjang lebih tiga meter berjemur tepi tali air berhampiran perumahan Cenderawasih, di sini, menarik tumpuan orang ramai memenuhi kawasan berkenaan. Tinjauan mendapati penduduk pelbagai kaum dan lapisan umur teruja dapat melihat reptilia itu dari jarak dekat sejak haiwan itu muncul kira-kira jam 4 petang, sebelum turun semula ke dalam …

Buaya Tembaga Berjemur Dekat Kawasan Perumahan Read More »

Jalan Runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur Terputus

BENTONG – Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup kepada semua kenderaan, hari ini. Kejadian jalan runtuh itu dianggarkan berlaku sepanjang 50 meter di laluan FT68, Jalan Bentong-Kuala Lumpur (jalan lama) dalam kejadian banjir kilat pada jam 6.30 petang semalam. Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak- …

Jalan Runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur Terputus Read More »

Tiga Wanita Maut Kemalangan Babitkan Kereta dan Treler

ROMPIN – Tiga wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di jalan Muadzam Shah ke Rompin berhampiran Kilang Farm Fresh di sini malam tadi. Identiti ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22 ; Nazira Ramli, 23 dan Suhada Ramli, 22. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, …

Tiga Wanita Maut Kemalangan Babitkan Kereta dan Treler Read More »

SK Temai Ditenggelami Banjir Hampir Satu Meter

PEKAN: Sesi persekolahan 141 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, di sini terpaksa ditangguhkan sejak Selasa lalu berikutan kawasan sekolah terbabit ditenggelami air sedalam satu meter. Kedudukan sekolah terbabit hampir dengan Sungai Pahang menjadi antara faktor kejadian banjir mudah berlaku setiap kali musim tengkujuh tiba di negeri ini. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali …

SK Temai Ditenggelami Banjir Hampir Satu Meter Read More »

Banjir: 41 Mangsa Masih Di Dua PPS Di Pahang

KUANTAN: Seramai 41 daripada 13 keluarga masih berada di dua pusat penempatan sementara (PPS) di dua daerah di Pahang iaitu Maran dan Raub setakat jam 8 pagi, hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan seramai 20 mangsa daripada lima keluarga membabitkan penduduk di Maran. Di Raub pula membabitkan 21 mangsa daripada lapan …

Banjir: 41 Mangsa Masih Di Dua PPS Di Pahang Read More »

Polis Keluar Senarai Baharu Mangsa Nahas Van Persiaran

KUANTAN: Polis mengeluarkan senarai terbaharu tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan van persiaran dinaiki kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands-Kuala Lumpur, Bentong, semalam. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, senarai baharu itu dikeluarkan selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bentong membuat pengesahan apabila semua keluarga mangsa hadir ke hospital. …

Polis Keluar Senarai Baharu Mangsa Nahas Van Persiaran Read More »

7 Maut Kemalangan Turun Genting Highlands, Identiti Mangsa Dikenal Pasti

BENTONG – Identiti mayat tujuh mangsa nahas van yang terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di sini, pada Rabu, telah dikenal pasti. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pemandu van itu, Wong Choun Chiet, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian bersama …

7 Maut Kemalangan Turun Genting Highlands, Identiti Mangsa Dikenal Pasti Read More »

Banjir Pahang: 2,797 Mangsa Masih di 20 PPS di Kuantan, Pekan

KUANTAN – Seramai 2,797 orang daripada 847 buah keluarga masih berada di 20 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Kuantan dan Pekan sehingga jam 8 pagi hari ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, Kuantan masih mencatat jumlah tertinggi, iaitu seramai 2,678 orang mangsa daripada 812 buah keluarga masih …

Banjir Pahang: 2,797 Mangsa Masih di 20 PPS di Kuantan, Pekan Read More »

Tidak Pilih Kasih, Orang Kenamaan Pun Kena Ikut Undang-Undang – Polis

BENTONG – Polis Bentong tidak pilih kasih serta tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan dalam menjalankan penguatkuasaan undang undang tanpa mengira status sesorang itu. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira status seseorang. Beliau mengulas gambar sebuah kenderaan yang dipercayai, milik Timbalan Speaker …

Tidak Pilih Kasih, Orang Kenamaan Pun Kena Ikut Undang-Undang – Polis Read More »