Pahang

Akauntan Kilang Rugi RM64,100 Pelaburan Tidak Wujud

KUANTAN – Seorang akauntan kilang mengalami kerugian sebanyak RM64,100 selepas terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan skim pelaburan berkenaan selepas melihat iklan dalam aplikasi Instagram pada 21 Februari lalu, ketika berada di rumahnya, di Taman KSM Mentakab, Temerloh. Beliau …

Akauntan Kilang Rugi RM64,100 Pelaburan Tidak Wujud Read More »

PERKESO Pahang Bayar Tuntutan Caruman RM25.05 Juta Tahun Lalu

KUANTAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang membuat pembayaran faedah caruman berjumlah RM25.05 juta membabitkan 9,615 kes tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,476 kes membabitkan penyakit jangkitan COVID-19 iaitu berjumlah RM3.36 juta. Pengarah PERKESO Pahang, Tarmizi Mukhtar, berkata baki jumlah iaitu 5,139 kes pula membabitkan bayaran faedah kes kemalangan, hilang upaya kekal dan penyakit …

PERKESO Pahang Bayar Tuntutan Caruman RM25.05 Juta Tahun Lalu Read More »

Amaran Hujan Berterusan di Beberapa Negeri – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. “Kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang,” menurut kenyataan itu. Sementara di Johor kawasan …

Amaran Hujan Berterusan di Beberapa Negeri – MetMalaysia Read More »

Warta Hutan Simpan Sungai Lembing Elak Pencerobohan

KUANTAN – Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang bersetuju mewartakan tanah milik kerajaan seluas 38.68 hektar dekat Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing, Mukim Hulu Kuantan, sebagai Hutan Simpan Sungai Lembing. Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP), Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin, berkata hasil mesyuarat pada 26 Januari lalu, MMK bersetuju untuk mewartakan tanah itu sebagai hutan …

Warta Hutan Simpan Sungai Lembing Elak Pencerobohan Read More »

Rugi RM1,849 Terpedaya Tawaran Lesen Memandu Tidak Wujud

KUANTAN – Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM1,849 apabila ditipu individu yang menawarkan kemudahan mendapatkan lesen memandu tanpa perlu melakukan ujian yang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa yang bekerja di pusat khidmat pelanggan kenderaan tertarik selepas melihat iklan membuat lesen memandu tanpa ujian dalam aplikasi …

Rugi RM1,849 Terpedaya Tawaran Lesen Memandu Tidak Wujud Read More »

Ceroboh Hutan, Tanam Durian Musang King

KUANTAN – Pintu pagar elektrik terpaksa dipecah untuk masuk ke kawasan tanaman durian Musang King yang ditanam secara haram dalam hutan di Sungai Lembing, di sini, semalam. Operasi Penguatkuasaan Bersepadu dilakukan di Kampung Kolong Pahat dan Kampung Seberang, Sungai Lembing bermula 10 pagi berjaya memusnahkan lebih 200 pokok durian Musang King berusia antara empat hingga …

Ceroboh Hutan, Tanam Durian Musang King Read More »

Kerani Wanita Rugi RM32,000 Jadi Mangsa Macau Scam

KUANTAN – Seorang kerani di jabatan kerajaan kerugian RM32,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM). Wanita berusia 41 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai farmasi kawalan ubat di Petaling Jaya, Selangor yang mendakwa mangsa pernah mengambil ubat di klinik 1Malaysia di Kampung Ampang …

Kerani Wanita Rugi RM32,000 Jadi Mangsa Macau Scam Read More »

MUIP Perhebat Program Cakna Asnaf

JERANTUT – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menjalankan Program Cakna Asnaf di daerah di negeri ini dalam usaha mendekati golongan asnaf, sekali gus melihat masalah dihadapi seterusnya memberi bantuan yang diperlukan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, program itu juga akan menjadi antara …

MUIP Perhebat Program Cakna Asnaf Read More »

Perhilitan Pastikan Tiada Ancaman Harimau di Cameron Highlands

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan aduan kelibat harimau di Cameron Highlands yang tular di media sosial sejak semalam, adalah berasas dengan penemuan tapak kaki haiwan terbabit. Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan perkara itu pada Khamis lalu dan siasatan menemukan kesan tapak kaki kira-kira satu …

Perhilitan Pastikan Tiada Ancaman Harimau di Cameron Highlands Read More »

RM470,300 Pulih Masjid, Surau Terkesan Banjir di Temerloh dan Bera

TEMERLOH – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM470,300 bagi memulihkan masjid dan surau di sekitar daerah Temerloh dan Bera yang terjejas akibat bencana banjir, tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ucapan penghargaan harus ditujukan kepada YAB Menteri Besar Pahang yang begitu prihatin dengan …

RM470,300 Pulih Masjid, Surau Terkesan Banjir di Temerloh dan Bera Read More »