Terengganu

Terengganu Perkenal Program Suntikan Vaksin Di Rumah

KUALA TERENGGANU – Terengganu terus mengiatkan usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi kepada seluruh rakyat di negeri ini dengan pelbagai pendekatan termasuk memperkenalkan program vaksin ke rumah. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, Program Vaksin Mobile Warga Kuala Nerus telah dijalankan bagi memudahkan urusan pesakit yang terlantar mendapatkan suntikan …

Terengganu Perkenal Program Suntikan Vaksin Di Rumah Read More »

Indeks jenayah di Kemaman turun 20 peratus

Chukai: Kegiatan penyeludupan migran antara kesalahan jenayah yang dikesan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kemaman apabila tiga kes dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, seramai 10 warga asing yang cuba merentas masuk ke negeri ini berjaya ditahan menerusi sekatan jalan raya (SJR) …

Indeks jenayah di Kemaman turun 20 peratus Read More »

Daerah Marang rekod kompaun tertinggi Op Patuh

Chukai: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun berjumlah hampir RM28,000 pada hari pertama Ops Patuh yang dijalankan di seluruh negeri, semalam. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kompaun itu dikeluarkan kepada industri dan individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.O. Katanya, kesalahan membabitkan industri seperti tidak melaksanakan …

Daerah Marang rekod kompaun tertinggi Op Patuh Read More »

Tubuh pasukan penyamaran kekang peniaga tamak

Kuala Berang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang menubuhkan pasukan penguatkuasa tidak beruniform bagi menangani isu peniaga menaikkan harga barang. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ini bagi membolehkan anggota penguat kuasa melakukan penyamaran selepas menerima aduan berkaitan daripada pengguna. “Kita ada menerima aduan mengenai kenaikan harga barangan, tetapi peniaga menurunkan …

Tubuh pasukan penyamaran kekang peniaga tamak Read More »

RM5,000 ‘upah’ bosan duduk rumah

Chukai: Alasan bosan duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah kepada dua lelaki apabila masing-masing dikenakan kompaun RM5,000. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 32 tahun dari Kampung Chendor Sempadan dan Sungai Karang Darat, Kuantan, Pahang dikenakan kompaun kerana cuba masuk ke negeri ini tanpa …

RM5,000 ‘upah’ bosan duduk rumah Read More »

Rakyat Terengganu diminta patuhi SOP walaupun kes menurun

KEMAMAN: Meskipun jumlah kes COVID-19 di Terengganu merekodkan angka dua digit, namun itu bukanlah alasan untuk masyarakat tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tidak memakai pelitup muka dan berkumpul beramai-ramai antara kesalahan paling tinggi yang direkodkan di daerah …

Rakyat Terengganu diminta patuhi SOP walaupun kes menurun Read More »

Tak perlu lagi guna telefon ibu untuk PdPR

Kuala Berang: “Saya tidak perlu lagi guna telefon ibu untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” kata Nor Nadia Shahira Samsuddin, 11. Nor Nadia Shahira, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Setebu, Kampung Basung, di sini, berkata demikian selepas menerima tablet bernilai RM380, hari ini. Menurutnya, dia akan gunakan tablet secara bergilir-gilir dengan …

Tak perlu lagi guna telefon ibu untuk PdPR Read More »

Tiada perhimpunan Black Democracy di Terengganu

Kuala Terengganu: Tiada aktiviti atau perhimpunan Black Democracy dikesan sekitar bandar raya ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, walaupun perhimpunan itu dijadualkan berlangsung hari ini, namun ia tidak mendapat sambutan daripada rakyat negeri ini. Katanya, keadaan di sekitar bandar raya adalah seperti biasa, tenang dan tidak ada sebarang …

Tiada perhimpunan Black Democracy di Terengganu Read More »

Pesakit Wad Kelas Ketiga Terengganu Nikmati Caj Percuma Hari Ini

KUALA TERENGGANU, 1 Julai – Pesakit wad kelas ketiga di seluruh hospital kerajaan di Terengganu mula menikmati caj perubatan secara percuma berikutan pelaksanaan manifesto kerajaan negeri berkenaan hari ini. Dianggarkan kira-kira 1.2 juta rakyat Terengganu akan menerima manfaat pelaksanaan manifesto PAS Terengganu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu. Terdahulu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan …

Pesakit Wad Kelas Ketiga Terengganu Nikmati Caj Percuma Hari Ini Read More »

Penduduk Kampung Lubuk Lesung terpaksa hadap longgokan sampah

KEMAMAN: Busuk, kotor dan menjijikkan, itu keadaan yang ditanggung kira-kira 600 penduduk di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman yang terpaksa menggunakan bahu jalan sebagai tempat pelupusan sampah. Penduduk mendakwa keadaan itu tercetus berikutan pihak berwajib tidak menjalankan kutipan sampah seperti yang dijadualkan. Berikutan itu sampah yang dibuang bukan sahaja berteraburan malah ianya turut mengundang kehadiran haiwan …

Penduduk Kampung Lubuk Lesung terpaksa hadap longgokan sampah Read More »