Terengganu

Jangan alpa jangkitan menurun

KUALA TERENGGANU: Masyarakat tidak harus leka dengan penurunan jangkitan COVID-19 sejak beberapa hari lalu. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata penularan pandemik COVID-19 belum berakhir dan boleh meningkat semula, jika masyarakat bersikap sambil lewa, terutama gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Katanya, walaupun kes positif COVID-19 di Terengganu mencatatkan dua digit sejak Rabu …

Jangan alpa jangkitan menurun Read More »

6 lelaki dikompaun, polis rampas air ketum

Chukai: Enam rakan perniagaan bukan sahaja tidak sempat menjual bekalan air ketum tetapi turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang kerana berkumpul di belakang sebuah rumah di Binjai di sini, kelmarin. Enam lelaki berusia antara 21 hingga 35 tahun dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) Perintah Kawalan Pergerakan …

6 lelaki dikompaun, polis rampas air ketum Read More »

KPDNHEP Terengganu siasat kenaikan harga makanan ternakan

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu akan menjalankan siasatan segera berhubung isu kenaikan harga makanan ternakan di pasaran. Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sedia maklum dengan kenaikan harga makanan ternakan di pasaran sejak akhir-akhir ini. “Bagaimanapun, tiada laporan secara rasmi yang diperolehi daripada penternak atau pengguna …

KPDNHEP Terengganu siasat kenaikan harga makanan ternakan Read More »

YPU beri penangguhan bayaran pinjaman

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri bersetuju menangguhkan pembayaran pinjaman bagi membantu meringankan bebanan usahawan yang terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu Mohd Nur Khuzaini A Rahman menjelaskan, seramai 522 usahawan yang mendapat kemudahan pinjaman daripada …

YPU beri penangguhan bayaran pinjaman Read More »

Masjid At Taqwa Durian Burung projek perintis PPV di masjid

KUALA TERENGGANU: Lebih banyak masjid di seluruh negara akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat, sekali gus mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim, berkata pembukaan PPV di masjid difokuskan kepada kawasan penduduk Melayu, terutama di kawasan pedalaman. Katanya, masjid sangat …

Masjid At Taqwa Durian Burung projek perintis PPV di masjid Read More »

Penternak ‘terhimpit’ susulan kenaikan harga makanan palet

Marang: Penternak lembu dan kambing semakin ‘terhimpit’ berikutan kenaikan harga makanan ternakan di pasaran sejak akhir-akhir ini. Kenaikan harga makanan palet yang mendadak daripada RM43 kepada RM55 seguni iaitu seberat 50 kilogram (kg) membuatkan segelintir penternak terpaksa melepaskan ternakan berkeliaran mencari makanan. Mohd Nazri Mamat, 32, dari Kampung Bukit Parit berkata, semua penternak lembu dan …

Penternak ‘terhimpit’ susulan kenaikan harga makanan palet Read More »

Pembuangan sampah haram punca hutan gambut terbakar

Dungun: Aktiviti pelupusan sampah dan sisa industri yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menjadi punca kebakaran hutan paya gambut di Kampung Balai Besar, dekat sini, sejak kelmarin. Keadaan kebakaran itu ketika ini memusnahkan hampir 20 hektar kawasan sekitar yang menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan perumahan penduduk sekitar. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) …

Pembuangan sampah haram punca hutan gambut terbakar Read More »

Pemilik syarikat dikompaun RM10,000

Chukai: Sebuah premis membekal alatan pertukangan dikompaun RM10,000 dalam satu operasi bersepadu polis dan Pejabat Kesihatan Daerah PKD Kemaman, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pemilik premis itu dikompaun kerana gagal mematuhi kapasiti kehadiran pekerja. Menurutnya, pemilik premis itu dikompaun oleh anggota PKD Kemaman di bawah Peraturan 17 ( 1 ) Peraturan …

Pemilik syarikat dikompaun RM10,000 Read More »

Cadang Utamakan Vaksin Kepada Pemain Industri Pelancongan

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri (Tourism Terengganu) sedang dalam usaha bagi memberi keutamaan vaksin COVID-19 kepada para penggiat industri tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, perbincangan sedang berjalan dengan agensi pelancongan bagi menyusun maklumat tentang angka sebenar pemain pelancongan yang akan didahulukan. Katanya, jika pemberian vaksin dilaksanakan …

Cadang Utamakan Vaksin Kepada Pemain Industri Pelancongan Read More »