Terengganu

Berkat 3.0 bantu rakyat Terengganu yang terjejas

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (Berkat 3.0) dengan peruntukan RM6.4 juta bagi membantu golongan yang terjejas akibat penutupan beberapa sektor sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang bermula semalam. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini memutuskan melancarkan program secara bersasar berjumlah …

Berkat 3.0 bantu rakyat Terengganu yang terjejas Read More »

PKPD: Polis cari individu alih penghadang jalan

Kuala Terengganu: Polis giat mengesan individu yang mengalihkan konkrit dan penghadang jalan yang dipasang di laluan alternatif susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 21 mukim di Kuala Terengganu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya mengesan tiga laluan diceroboh penduduk untuk merentasi halangan berkenaan walaupun baharu tiga …

PKPD: Polis cari individu alih penghadang jalan Read More »

Hulu Terengganu tambah dua SJR baharu

Kuala Berang: Dua sekatan jalan raya (SJR) baharu diadakan di daerah Hulu Terengganu berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) seperti diumumkan kerajaan berkuat kuasa, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dua SJR baharu masing-masing di Kampung Batu 18, Ajil dan hadapan Balai Polis Kuala Telemong. Katanya, lima SJR …

Hulu Terengganu tambah dua SJR baharu Read More »

Cadang buka kaunter suntikan vaksin di masjid

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri berhasrat membuka kaunter suntikan vaksin Covid-19 di sebuah masjid di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memudahkan penerima mendapatkan suntikan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri , Dr Alias Razak berkata, pihaknya bagaimanapun perlu mengatasi masalah berkaitan sumber manusia daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) …

Cadang buka kaunter suntikan vaksin di masjid Read More »

Suasana pasar lengang, masyarakat patuh sekatan pergerakan penuh

Kuala Terengganu: Keadaan di beberapa pasar utama di negeri ini, terutama pada sebelah pagi, lengang pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh hari ini. Tinjauan di beberapa pasar utama turut mendapati, pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Bagaimanapun, tinjauan mendapati masih ada segelintir peniaga memakai pelitup muka di bawah dagu dengan alasan tidak selesa …

Suasana pasar lengang, masyarakat patuh sekatan pergerakan penuh Read More »

PKPD : Tiga Penghadang Laluan Tikus Dialih Individu Tidak Bertanggungjawab

KUALA TERENGGANU, 2 Jun – Penghadang batu yang menutup jalan alternatif memasuki daerah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kuala Terengganu telah dialih oleh individu yang tidak dikenali melibatkan tiga lokasi berbeza, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kejadian disyaki berlaku pada waktu malam 30 Mei hasil rondaan …

PKPD : Tiga Penghadang Laluan Tikus Dialih Individu Tidak Bertanggungjawab Read More »

Lelaki ‘amuk’ diarah jalani rawatan psikiatri

Kuala Terengganu: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini mengarahkan lelaki yang berdepan pertuduhan mencedera dan melakukan kekerasan jenayah terhadap pekerja serta pelanggan sebuah kedai serbaneka menjalani pemeriksaan psikiatri. Terdahulu, tertuduh, Umar Isa Hafizi Ahmad Faris, 25, mengangguk faham selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa …

Lelaki ‘amuk’ diarah jalani rawatan psikiatri Read More »

DDW, DDR boleh simpan barang lebih 20 peratus

Kuala Terengganu: Seramai 1,039 pemborong terpilih daerah (DDW) dan 2,711 peruncit terpilih daerah (DDR) yang dilantik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara dibenarkan untuk menyimpan barang kawalan melebihi 20 peratus daripada had simpanan lesen. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, pelantikan DDW …

DDW, DDR boleh simpan barang lebih 20 peratus Read More »

Solat Jumaat diganti solat Zohor di Terengganu

Kuala Terengganu: Solat Jumaat tidak dibenarkan diadakan di semua masjid di negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) mulai Jumaat ini. Bagaimanapun, masjid dibenarkan untuk melakukan solat Zohor bagi menggantikan solat Jumaat, tetapi dengan kehadiran 12 jemaah terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Datuk Osman …

Solat Jumaat diganti solat Zohor di Terengganu Read More »

Penganggur mengamuk di kedai serbaneka didakwa

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka di sini pada Khamis lalu telah dihadapkan atas tiga pertuduhan mencederakan dan melakukan kekerasan terhadap tiga individu di Mahkamah Majistret. Tertuduh, Umar Isa Hafizi Ahmad Faris,25 sekadar mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz. Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa …

Penganggur mengamuk di kedai serbaneka didakwa Read More »