Terengganu

Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Terengganu diteruskan

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh Terengganu. Bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada pandangan dan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, keputusan sama ada menutup atau meneruskan bazar Ramadan …

Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Terengganu diteruskan Read More »

Terengganu larang program berbuka puasa di masjid, surau

Kuala Terengganu: Sebarang program berbuka puasa, moreh mahupun bersahur tidak dibenarkan di semua masjid serta surau di negeri ini sepanjang Ramadan ini. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mat Azmi Arshad berkata, larangan berkenaan dibuat bagi membantu kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19. Menurutnya, jemaah hanya dibenarkan berbuka puasa, moreh serta bersahur dengan makanan berbungkus …

Terengganu larang program berbuka puasa di masjid, surau Read More »

Zakat fitrah di Terengganu RM7

Kuala Terengganu: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar zakat fitrah tahun ini adalah RM7 seorang. Yang Dipertuanya, Datuk Osman Muda berkata, penetapan kadar zakat fitrah itu diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini. Katanya, penetapan kadar zakat fitrah itu dinilai berdasarkan harga gred Super Tempatan di pasaran selepas mengambil …

Zakat fitrah di Terengganu RM7 Read More »

Bazar Ramadan di Besut mungkin dibatalkan…?

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan meneruskan penganjuran bazar Ramadan di negeri ini kecuali di Besut susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, terdapat cadangan supaya bazar Ramadan di Besut dibatalkan, tetapi ia masih dalam perundingan dan pertimbangan. “Peniaga memang nak berniaga, …

Bazar Ramadan di Besut mungkin dibatalkan…? Read More »

Dulu bawah pokok, kini ada tempat rehat selesa

Hulu Terengganu: Berehat di tepi jalan, surau atau masjid mahupun bawah pokok menjadi rutin bagi pekerja khidmat penghantaran untuk melepaskan penat berikutan ketiadaan tempat rehat khusus. Menyedari keperluan buat golongan terbabit, pusat sehenti dikenali sebagai Prihatin Delivery Centre (PDC) diwujudkan di daerah ini sekali gus menjadi yang pertama di negara ini. Ahli Parlimen Hulu Terengganu …

Dulu bawah pokok, kini ada tempat rehat selesa Read More »

Terowong ECRL Di Terengganu Siap Enam Bulan Awal

Terowong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Paka di sini mencapai kemajuan 98.5 peratus dan siap enam bulan lebih awal daripada jadual asal. Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan, infrastruktur sejauh 1.1 kilometer itu adalah antara 59 terowong di laluan projek ECRL dalam Malaysia. “Pencapaian ini merupakan …

Terowong ECRL Di Terengganu Siap Enam Bulan Awal Read More »

Jangkitan Harian COVID-19 Di Terengganu Melonjak

Angka kes COVID-19 di Terengganu semakin meningkat apabila 44 kes baharu direkodkan sehingga jam 12 tengah hari semalam. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Terengganu melonjak kepada 3,723 orang dengan 126 pesakit masih dalam rawatan. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nur Azimi Yunus berkata, 24 kes yang dilaporkan hari ini adalah daripada Kluster Belaoh. “Ini …

Jangkitan Harian COVID-19 Di Terengganu Melonjak Read More »

KPDNHEP keluar 84 notis jual air kosong lebih RM1

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 84 notis untuk menjalankan siasatan terhadap peniaga yang menjual air kosong melebihi RM1 segelas. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, Kelantan merekodkan jumlah kes paling tinggi dengan 14 notis dikeluarkan diikuti Selangor (12) manakala Sabah, Sarawak dan Johor masing-masing lapan notis. Beliau berkata, …

KPDNHEP keluar 84 notis jual air kosong lebih RM1 Read More »

Kerjasama APMM-Vietnam Coast Guard Selesai Isu Pencerobohan Nelayan Asing

Isu pencerobohan nelayan asing khususnya dari negara Vietnam bakal berakhir dengan perjanjian persefahaman yang bakal dimeterai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama Vietnam Coast Guard. Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som memaklumkan, dengan persefahaman yang dipersetujui kedua-dua negara itu, beliau percaya isu pencerobohan nelayan Vietnam ke perairan negara dapat diselesaikan. Jelasnya, …

Kerjasama APMM-Vietnam Coast Guard Selesai Isu Pencerobohan Nelayan Asing Read More »