Terengganu

‘Mini Slipway’ Baharu Beri Manfaat Kepada 600 Nelayan

Pembinaan ‘mini slipway’ atau tempat pembaikian bot dan bilik sejuk yang membabitkan peruntukan lebih RM700,000  nyata melegakan hampir 600 nelayan di daerah ini. ‘Mini slipway’ yang ditempatkan di Kampung Alur Pak Bang dan bilik sejuk di hadapan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu itu mula dibina pada akhir 2019 dan kini dapat digunakan sepenuhnya. …

‘Mini Slipway’ Baharu Beri Manfaat Kepada 600 Nelayan Read More »

TDM ‘Plantation’, Syarikat Perladangan Pertama Diiktiraf ISCC EU

Bahagian perladangan TDM Berhad, TDM ‘Plantation’ (TDMP) menjadi syarikat perladangan Terengganu pertama yang menerima pengiktirafan daripada Suruhanjaya Eropah (ISCC EU). Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Mohd Ghozali Yahaya berkata, pengiktirafan itu diberikan selepas penilaian teknikal dilakukan terhadap rantaian bekalan, operasi dan gas rumah hijau (GHG) syarikat oleh badan pensijilan yang berdaftar dengan ISCC di unit operasi …

TDM ‘Plantation’, Syarikat Perladangan Pertama Diiktiraf ISCC EU Read More »

Karnival Pekerjaan Elak Rakyat ‘Tanam Anggur’

Karnival Penjana Kerjaya Terengganu yang berlangsung semalam dan berakhir hari ini berupaya mengurangkan kadar penganguran di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri,Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman memaklumkan, inisiatif itu merupakan kesinambungan usaha Kemementerian Sumber Manusia dalam memastikan kestabilan pasaran buruh negara. Katanya, lebih 10,000 kekosongan jawatan melibatkan sekitar 80 majikan …

Karnival Pekerjaan Elak Rakyat ‘Tanam Anggur’ Read More »

Tiada Zumba, Hanya Senamrobik Bersyarat Dibenar

Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa aktiviti zumba di negeri ini tidak dibenarkan sejak beberapa tahun lalu, sebaliknya hanya acara senamrobik dengan beberapa syarat ketat diberi kebenaran. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagi aktiviti senamrobik pihaknya telah memberi penerangan kepada penganjur mengenai garis panduan yang perlu dipatuhi ketika …

Tiada Zumba, Hanya Senamrobik Bersyarat Dibenar Read More »

Tubuh Kelab, Bantu Ibu Tunggal

Penubuhan Kelab Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN)  Rhu Rendang nyata mampu menjadi medan perkongsian terbaik  dan  memperkasakan golongan itu ke arah penambahbaikan lebih positif, selain bertujuan menjaga kebajikan. Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk duduk bersama ibu-ibu yang …

Tubuh Kelab, Bantu Ibu Tunggal Read More »

Pusat Pakar Jantung Pertama Dibina Terengganu

Institut Jantung Negara (IJN) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menubuhkan pusat pakar jantung di Terengganu bagi memenuhi keperluan kesihatan di luar ibu negara. Usaha itu akan direalisasikan menerusi pembinaan Hospital Pengajar UniSZA di Gong Badak dan menjadi fasiliti pertama di luar Kuala Lumpur sejak ditubuhkan 29 tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr …

Pusat Pakar Jantung Pertama Dibina Terengganu Read More »

‘Tak Sangka, Ini Sikap Kerajaan Terengganu’

“Tak sangka, rupanya ini sikap (pemurah) kerajaan Terengganu,” luah penghuni Taman Rimbunan Kaseh, Zarinah Mohamad, yang selama ini memikirkan dia perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi mendapatkan hak milik rumah yang didiaminya sejak 2015. Katanya, dia sangat bersyukur kerana hasratnya yang tertangguh sejak 2017 dilunaskan tahun ini. Katanya lagi, dia juga berasa lega kerana tidak perlu …

‘Tak Sangka, Ini Sikap Kerajaan Terengganu’ Read More »

Lebih 10,000 Anak Pokok Terjual Dalam Masa Setengah Hari

 Lebih 10,000 anak pokok habis dijual dalam masa tidak sampai setengah hari sempena Hari Terbuka Jabatan Pertanian 2021 di Ajil, kelmarin. Pengetua di Kompleks Pertanian Negeri Ajil, Hulu Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Zin yang menyelia proses jualan memaklumkan, setakat jam tiga petang, hanya anak pokok durian belanda yang berbaki. “Untuk jualan, kami ada empat jenis anak …

Lebih 10,000 Anak Pokok Terjual Dalam Masa Setengah Hari Read More »

‘Terima Kasih Kerana Menegur’

Kerajaan negeri Terengganu sentiasa terbuka untuk menerima sebarang nasihat, teguran dan kritikan daripada semua pihak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menyifatkan, sesiapa sahaja berhak untuk membuat teguran dan nasihat dalam menambah baik kepimpinan kerajaan negeri. “Di samping itu, kami juga bersedia untuk bersemuka dan bertemu untuk mendengar penjelasan tentang …

‘Terima Kasih Kerana Menegur’ Read More »

RMM Bukit Gasing Catat Unit Rumah Tertinggi

Rumah Mampu Milik (RMM) Bukit Gasing mencatat rekod tersendiri apabila menjadi projek pembinaan unit rumah tertinggi iaitu sebanyak 238 buah rumah berbanding RMM di kawasan lain. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, RMM Bukit Gasing yang berkeluasan 23 ekar merangkumi 238 unit rumah dengan kos pembinaan sebanyak RM34 juta yang ditanggung oleh …

RMM Bukit Gasing Catat Unit Rumah Tertinggi Read More »