Terengganu

Pura Tanjung Sabtu Bangkit Kembali Sebagai Produk Pelancongan Komuniti

KUALA NERUS – Kerajaan negeri sedang dalam kerja membangun kembali potensi Pura Tanjung Sabtu dan lain-lain lokasi pelancongan di Buluh Gading sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) yang mampu menjana ekonomi bagi penduduk setempat. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin  Deraman berkata, kerajaan negeri bersama sokongan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah …

Pura Tanjung Sabtu Bangkit Kembali Sebagai Produk Pelancongan Komuniti Read More »

Pemilik Tanah Terbiar Disaran Tanam Durian

MARANG – Penduduk luar bandar yang memiliki tanah terbiar di negeri ini digalakkan untuk mengusahakan tanaman durian, terutama Musang King.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, potensi masa depan tanaman komoditi berkenaan adalah sangat tinggi, selain mampu memperoleh pendapatan ratusan ribu bagi setiap musim. …

Pemilik Tanah Terbiar Disaran Tanam Durian Read More »

Bantuan Banjir Terengganu Mula Disalurkan Kepada Mangsa Terlibat

KEMAMAN – Bantuan banjir bagi 12,000 mangsa bencana itu di negeri Terengganu diluncurkan oleh kerajaan negeri, bermula semalam. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM6.4 juta berupa bantuan tunai sebanyak RM500 kepada setiap ketua isi rumah bagi membantu mereka. “Alhamdulillah, hari ini kita mula menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir selepas …

Bantuan Banjir Terengganu Mula Disalurkan Kepada Mangsa Terlibat Read More »

Suami isteri bunuh anak ke tali gantung

Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan suami isteri selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun. Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya, Murni Ahmad, 40 , yang juga ibu tiri mangsa selepas mendapati pihak …

Suami isteri bunuh anak ke tali gantung Read More »

‘Semut Gigit Lagi Sakit’ – Reaksi MB Disuntik Vaksin

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menjadi individu pertama di negeri ini yang berjaya disuntik vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech. Dr Samsuri berkata, proses pemvaksinan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesukaran. “Semut gigit lagi sakit, jarum pun tidak ada apa-apa kesukaran, tidak ada rasa pening-pening semasa melalui rawatan …

‘Semut Gigit Lagi Sakit’ – Reaksi MB Disuntik Vaksin Read More »

Potong pukat, cuba larikan diri

Kuala Terengganu: Cubaan nelayan Vietnam melarikan diri dengan memotong pukat ketika mencuri hasil laut milik negara gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dua bot nelayan asing itu ditahan kapal Maritim yang sedang melaksanakan rondaan Op Kuda Laut pada jarak 130 dan 132 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu antara jam 2.30 petang hingga …

Potong pukat, cuba larikan diri Read More »

Asnaf boleh mohon bantuan tambahan lain – Maidam

Kuala Terengganu: Golongan asnaf di negeri ini boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan lain, selain bantuan yang sudah diterima. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), M Rozi Bidin berkata, pihaknya sedia memberi pertimbangan namun memaklumkan bahawa bantuan lain boleh dipohon mestilah dalam kategori lain. “Sebagai contoh, penerima bantuan dalam kategori sara …

Asnaf boleh mohon bantuan tambahan lain – Maidam Read More »

RMM Tajin Dijangka Siap Pertengahan Tahun Ini

HULU TERENGGANU – Proses pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) Kampung Tajin dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata pembinaan RMM Tajin di atas tanah seluas 10 hektar sedang giat dijalankan sejak dirasmikan pada Julai 2019. “Sebanyak 250 buah unit RMM sedang dibina dan proses …

RMM Tajin Dijangka Siap Pertengahan Tahun Ini Read More »

Terengganu terima vaksin hari ini

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri Terengganu dijangka menerima 15,000 dos vaksin esok dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi individu pertama menerima suntikan berkenaan pada Jumaat. Beliau berkata, pengurusan vaksin itu adalah secara bersama di antara Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan. “Saya dimaklumkan vaksin akan sampai ke Terengganu dengan …

Terengganu terima vaksin hari ini Read More »

Pemandu lori edar dadah ke tali gantung

Kuala Terengganu: Seorang pemandu lori dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine bernilai RM22 juta. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Ishak Ramli, 37, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap dakwaan. Bagaimanapun, tertuduh kedua yang didakwa bersama iaitu …

Pemandu lori edar dadah ke tali gantung Read More »