Terengganu

Sayu tiada makan besar tapi kesihatan lebih utama

Kuala Terengganu: Warga emas terpaksa menerima hakikat apabila buat pertama kali meraikan Tahun Baru Cina sendirian tanpa makan besar bersama anak, menantu dan lima cucunya, petang Khamis ini. Wang Fook Seek, 75, dari Kampung Tiong, di sini, yang kematian isteri sejak tujuh tahun lalu mengakui dirinya berasa sayu tetapi mengutamakan kesihatan anak serta cucunya. Menurutnya, …

Sayu tiada makan besar tapi kesihatan lebih utama Read More »

Jabatan Amal Malaysia Pantau Pembukaan PASTI

SETIU – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu (JAMKS) yang diberi jolokan ‘semut merah’ ditugaskan memantau sesi pembukaan persekolahan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang memulakan operasinya, Sabtu lalu. Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Setiu, Wan Mohammad Izzuddin Wan Hamzah berkata, pihak Jabatan Amal telah mengambil langkah awal dengan mengadakan operasi sanitasi yang melibatkan sebanyak 30 buah …

Jabatan Amal Malaysia Pantau Pembukaan PASTI Read More »

Terengganu izin solat berjemaah di masjid, surau

Kuala Terengganu: Solat fardu berjemaah dan solat Jumaat dibenar diadakan di semua masjid dan surau negeri ini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 hingga 18 Februari. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran itu selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Katanya, jumlah jemaah dibenarkan …

Terengganu izin solat berjemaah di masjid, surau Read More »

Buka gerai nasi bajet demi pekerja, kelangsungan hotel

Kuala Terengganu: Demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan. Resort empat bintang milik kerajaan negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong itu mula membuka operasi gerai itu berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini pada Khamis lalu yang menawarkan aneka …

Buka gerai nasi bajet demi pekerja, kelangsungan hotel Read More »

Bomba selamatkan lelaki enggan keluar dari tasik

Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang mengalami masalah mental diselamatkan bomba selepas terjun ke dalam tasik berhampiran sebuah resort di kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini, pada Khamis. Tindakan lelaki berusia 30-an dari Dungun yang berendam di dalam tasik berkenaan dalam tempoh masa lama menimbulkan kebimbangan orang ramai. Orang awam kemudian menghubungi anggota …

Bomba selamatkan lelaki enggan keluar dari tasik Read More »

Sedia 1,600 tablet, bantuan kad tambah nilai RM100

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian 1,600 tablet dan kad tambah nilai berjumlah RM100 kepada pelajar miskin di Terengganu. Tablet dan kad tambah nilai itu antara insentif diumumkan kerajaan negeri bagi membantu rakyat terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan kad tambah nilai itu …

Sedia 1,600 tablet, bantuan kad tambah nilai RM100 Read More »

Tukang cuci mengaku lakukan amang seksual dalam stor masjid

Kuala Terengganu: Tukang cuci mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun. Tertuduh, Abu Saman Mohd Zin, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dalam sebuah bilik stor …

Tukang cuci mengaku lakukan amang seksual dalam stor masjid Read More »

Ingkar SOP PKP, 5 pemilik kedai dikompaun

Kuala Terengganu: Lima pemilik kedai di Terengganu dikompaun RM1,000 semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, ia membabitkan tiga premis perniagaan di Kemaman, manakala dua di Kuala Terengganu. “Ia membabitkan tiga premis menjual telefon …

Ingkar SOP PKP, 5 pemilik kedai dikompaun Read More »

Kerajaan Terengganu Salur Insentif Khas Kepada Pengayuh Beca, Pengusaha Bot

KUALA TERENGGANU – Seramai 50 pengayuh beca dan 18 pengusaha bot penambang di Terengganu merupakan antara pemain industri pelancongan yang bakal menerima bantuan ‘one-off’ berjumlah RM132 ribu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman memaklumkan, sektor tersebut menjadi antara industri yang paling terkesan selepas aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehubungan …

Kerajaan Terengganu Salur Insentif Khas Kepada Pengayuh Beca, Pengusaha Bot Read More »