Terengganu

Rt tertinggi di Terengganu akibat pergerakan bebas Disember lalu

KUALA NERUS – Pergerakan bebas terutama melibatkan individu dari zon merah selepas kebenaran rentas negeri pada Disember tahun lalu mengakibatkan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Terengganu bulan ini. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran berkata, aktiviti keluar masuk itu tanpa disedari telah menyebabkan penyebaran wabak itu di merata tempat …

Rt tertinggi di Terengganu akibat pergerakan bebas Disember lalu Read More »

COVID-19:48 Petugas Kesihatan HSNZ Positif

KUALA TERENGGANU, 30 Januari – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan terdapat 48 orang petugas kesihatan yang telah dijangkiti COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus berkata,  mereka yang positif telah diasingkan dan diberi rawatan. “Manakala siasatan untuk mengenalpasti punca jangkitan sedang dijalankan dan kontak rapat bagi kes telah disaring …

COVID-19:48 Petugas Kesihatan HSNZ Positif Read More »

Elak Kluster Tempat Kerja, TDM Saring 1,376 Pekerja

KUALA TERENGGANU – Bagi mengelakkan munculnya kluster tempat kerja, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu, TDM Berhad melakukan saringan ke atas 1,376 pekerja asing syarikat terbabit. Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin berkata, ia penting bagi menjaga keselamatan tenaga kerja syarikat di samping melindungi kelangsungan operasi perniagaan. “Peka dengan perkembangan semasa COVID-19, TDM Plantation, bahagian Perladangan …

Elak Kluster Tempat Kerja, TDM Saring 1,376 Pekerja Read More »

Seorang anggota bomba Terengganu positif Covid-19

Kuala Terengganu: Hanya seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu disahkan positif Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara. Pengarah JBPM Terengganu Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid berkata, mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh itu disahkan positif selepas mendapat jangkitan daripada luar pada Januari lalu. “Kes yang dilaporkan …

Seorang anggota bomba Terengganu positif Covid-19 Read More »

30 Kenderaan Diarah Patah Balik, Alasan Ingin Ke Pasaraya

HULU TERENGGANU, 28 Januari – Hampir 30  kenderaan diarahkan berpatah balik setiap hari selepas gagal memberi alasan munasabah ketika ditahan dalam beberapa sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini, dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP 2.0) sehingga semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mereka didapati cuba masuk ke …

30 Kenderaan Diarah Patah Balik, Alasan Ingin Ke Pasaraya Read More »

Kami Akur Keputusan MFL- Terengganu FC

KUALA TERENGGANU, 28 Januari- Berhubung penundaan tarikh sepak mula Liga Malaysia yang diumumkan Malaysian Football League (MFL), Ketua Pegawai Eksekutif (TFC) Ab Rasid Jusoh memaklumkan, pihaknya akur dengan keputusan tersebut. “Tetapi, apabila mendapat perkhabaran pembatalan Piala FA, kita sendiri merasa terkesan kerana kehilangan saingan untuk satu lagi piala bagi tahun 2021. Perkara ini  berulang seperti tahun lepas apabila …

Kami Akur Keputusan MFL- Terengganu FC Read More »

Jumlah pengunjung ke Jambatan Angkat merosot

Kuala Terengganu: Jumlah pengunjung ke Jambatan Angkat atau ‘drawbrigde’ di Kuala Nerus, mengalami kemerosotan hampir 40 peratus sejak awal tahun ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua (2.0), dilaksanakan. Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd iaitu syarikat pengendali jambatan angkat itu Khalizan Mahmud berkata, pihaknya hanya merekodkan 5,668 pengunjung pada bulan ini …

Jumlah pengunjung ke Jambatan Angkat merosot Read More »

Terengganu Catat Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi

Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu 1.36 setakat Isnin. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) . “Manakala …

Terengganu Catat Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi Read More »

APMM bantu kru kapal diserang strok

Kuala Terengganu: Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan melakukan khidmat bantuan kepada seorang kru kapal yang diserang strok dekat Pelabuhan Kemaman pagi kelmarin. Lelaki berusia 73 tahun dari Skudai, Johor diserang angin ahmar ketika kapal berkenaan bersauh pada jarak satu batu nautika dari Pelabuhan Kemaman. Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli …

APMM bantu kru kapal diserang strok Read More »

Bekas pesakit Covid-19 bantu individu dikuarantin

Kuala Terengganu: Pengalaman dikuarantin selama 14 hari ketika menjalani rawatan Covid-19, memberi inspirasi kepada seorang bekas pesakit untuk turut sama membantu mereka yang dijangkiti wabak itu. Badrol Hisham Zaki, 52, yang pernah dikuarantin tahun lalu dan disahkan sihat sepenuhnya, kini aktif menyantuni pesakit Covid-19 dengan memberi pelbagai sumbangan barang keperluan, serta berkongsi pengalaman. Katanya, masih …

Bekas pesakit Covid-19 bantu individu dikuarantin Read More »