Terengganu

Lagi RM30,000 Disalur Untuk Keperluan Mangsa Banjir

KEMAMAN, 16 Januari – Bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir terus berjalan termasuk sumbangan terbaharu sebanyak RM30,000 melalui inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman. Menurut Ariffin, sumbangan untuk mangsa di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan Bukit Besi itu turut dicetuskan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau Farah Lee dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bahagian …

Lagi RM30,000 Disalur Untuk Keperluan Mangsa Banjir Read More »

Covid-19: Pusat Khidmat ADUN Jabi ditutup sementara

KUALA TERENGGANU – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi ditutup buat sementara waktu susulan berlaku kontak rapat antara kakitangan pusat khidmat itu dengan individu yang disahkan positif Covid-19. ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu berkata, mereka yang terlibat sedang menjalani kuarantin di rumah …

Covid-19: Pusat Khidmat ADUN Jabi ditutup sementara Read More »

COVID-19 : Besut Jadi Daerah Terbaharu Zon Merah

KUALA TERENGGANU – Besut menjadi daerah terbaharu diisytiharkan Zon Merah, selepas mencatat 44 kes positif COVID-19. Ini menjadikan angka keseluruhan zon merah di Terengganu sebanyak tiga mengikut statistik Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 12 tengahari, 16 Januari. Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri dalam laman facebook rasminya, Terengganu telah merekodkan pertambahan 20 kes sembuh, 80 kes baru menjadikan …

COVID-19 : Besut Jadi Daerah Terbaharu Zon Merah Read More »

Lima Masjid Di Terengganu Ditutup Sementara

KUALA TERENGGANU – Lima masjid di daerah ini ditutup selama tiga hari bermula 14 Januari berikutan terdapat kes positif COVID-19 di Madrasatul Quran Kubang Bujuk yang mempunyai sejarah menunaikan solat di masjid terbabit. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, ia melibatkan Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong, Masjid Al-Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau …

Lima Masjid Di Terengganu Ditutup Sementara Read More »

Jangan Ambil Mudah Tempoh Dua Minggu PKPB

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu diminta tidak mengambil mudah tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 di negeri ini. Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kerjasama dan sokongan orang ramai amat diharapkan sepanjang tempoh dua minggu yang getir ini bagi mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Katanya, …

Jangan Ambil Mudah Tempoh Dua Minggu PKPB Read More »

Anak Terengganu Dilantik Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Baharu

PUTRAJAYA – Anak kelahiran Terengganu, Azman Adam dilantik sebagai Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang baharu berkuatkuasa 5 Januari lalu. Pelantikan beliau bagi menggantikan Dato’ Iskandar Halim Sulaiman yang bersara wajib pada 16 Disember tahun lalu. Dilahirkan pada 16 Januari 1971, Azman mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tanjung …

Anak Terengganu Dilantik Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Baharu Read More »

80 warga UniSZA sertai misi bantuan banjir

KEMAMAN – Seramai 80 warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terlibat dalam Misi Bantuan Banjir UniSZA-KPT 2021 bagi membantu operasi pasca banjir di daerah ini yang merupakan daerah terburuk dilanda bencana itu di Terengganu. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr Mohd Afandi berkata, tumpuan utama misi bantuan disertai kakitangan dan pelajar …

80 warga UniSZA sertai misi bantuan banjir Read More »

1,050 JPKK Terengganu Terima Watikah Lantikan

KUALA TERENGGANU, 14 Januari – Sebanyak 1,050 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dijenamakan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri Terengganu hari ini menerima watikah pelantikan daripada kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim menyatakan bilangan JPKK menyaksikan pertambahan berbanding 1,046 MPKK sebelum ini. …

1,050 JPKK Terengganu Terima Watikah Lantikan Read More »

COVID-19: Kuala Terengganu dan Dungun kini Zon Merah COVID-19

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan negeri hari ini mengesahkan daerah Kuala Terengganu dan Dungun kini dikategorikan sebagai zon merah COVID-19. Jabatan itu berkata, daerah Kuala Terengganu mencatatkan 47 kes baharu positif COVID-19, manakala 45 kes direkodkan di Dungun. Katanya, daerah Besut dikategorikan sebagai zon jingga selepas mencatatkan 25 kes, manakala empat daerah iaitu Setiu, Kuala Nerus, …

COVID-19: Kuala Terengganu dan Dungun kini Zon Merah COVID-19 Read More »

Sinar Baharu Buat Anak OKU

KUALA NERUS, 13 Januari – Usaha Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkenalkan pendidikan awal Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Program Quranic Playgroup memberi sinar baharu buat golongan tersebut. Ketua SIG OKU Kanak-kanak UniSZA, Prof. Madya Dr. Norsuhaily Abu Bakar berkata, langkah yang memfokuskan anak autisme dan sindrom down itu akan diperluaskan lagi pada masa akan datang mengikut perkembangan semasa. …

Sinar Baharu Buat Anak OKU Read More »