Terengganu

Bantuan Banjir RM500 Disalur Sebelum 15 Januari

Kerajaan negeri memberi jaminan bantuan kecemasan sekali bayaran berjumlah RM500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas berikutan bencana banjir baru-baru ini akan dibuat sebelum 15 Januari depan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, bayaran itu akan diberikan kepada mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan …

Bantuan Banjir RM500 Disalur Sebelum 15 Januari Read More »

Waladun Soleh Bakal Lahir Generasi Genius al-Quran

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)  menyasarkan sekurang-kurangnya 1,600 ibu mengandung di negeri ini dapat mengikuti Program Waladun Soleh yang mula diperkenalkan pihak itu bermula pertengahan September lalu. Waladun Soleh adalah program stimulasi janin atau kaedah pendengaran audio bunyi-bunyian asas surah-surah al-Quran kepada kandungan seawal usia tiga bulan. Mendapat kerjasama Al-Baghdadi Prenatal Education bertujuan melahirkan lebih ramai  generasi …

Waladun Soleh Bakal Lahir Generasi Genius al-Quran Read More »

Terengganu Diramal Alami Kemarau Panjang

Terengganu diramal mengalami kemarau berpanjangan ekoran fenomena El-Nino yang dijangka berlaku sekitar 2025 hingga 2030. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh berkata, ia berdasarkan ramalan perubahan iklim yang dilakukan melalui penggunaan ‘big data’ bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Menurutnya, walaupun kemarau dijangka …

Terengganu Diramal Alami Kemarau Panjang Read More »

Lapor Polis Jika Benar Ada Bunyi Ketukan Misteri Di Terengganu

Polis Terengganu masih belum menerima sebarang laporan daripada orang awam berkaitan misteri ketukan pintu yang didakwa berlaku di sekitar Kuala Terengganu, sebagaimana tular di media sosial sejak Jumaat. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, individu yang terlibat diminta tampil membuat laporan sekiranya benar dakwaan itu. “Polis akan hantar kereta peronda atau URV (Unit Rondaan …

Lapor Polis Jika Benar Ada Bunyi Ketukan Misteri Di Terengganu Read More »

Satu Lagi Perangkap Harimau Akan Dipasang Di Felda Kertih 4

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu akan memasang satu lagi perangkap bagi menangkap harimau yang dipercayai berkeliaran di ladang Felda Kertih 4 di Dungun. Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan haiwan liar yang dilaporkan menyerang lembu milik 30 penternak di ladang itu dapat ditangkap.  “Rabu lalu, …

Satu Lagi Perangkap Harimau Akan Dipasang Di Felda Kertih 4 Read More »

Setiu Model Pembangunan Tanah Terbiar

Daerah Setiu bakal dijadikan sebagai model membangunkan tanah terbiar dengan pelbagai aktiviti pertanian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, terdapat lebih 1,000 hektar tanah terbiar yang boleh dimajukan menjadi tanah produktif dengan mengeluarkan hasil pertanian. Katanya, tanah-tanah tersebut mempunyai pemilik namun tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. “Bayangkan …

Setiu Model Pembangunan Tanah Terbiar Read More »

Komited Bantu Nasib Pengusaha Bot Penambang – Dr. Khairuddin

Masa depan industri bot penambang di Kuala Terengganu yang kini tidak menentu mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Mohd Khairuddin dalam satu majlis telah menyerahkan bantuan pelampung keselamatan, kewangan serta beras dan minyak masak secara bulanan kepada 15 pengusaha sektor tersebut. Beliau turut berkata, pihaknya akan berbincang bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk merancang …

Komited Bantu Nasib Pengusaha Bot Penambang – Dr. Khairuddin Read More »

Benteng Kawal Hakisan Pantai Pengkalan Maras Dibina Minggu Depan

Kerja-kerja pembinaan benteng dan menambun pasir sepanjang kira-kira 200 meter bagi mengelak hakisan di Pantai Pengkalan Maras bertambah teruk akan dimulakan minggu depan. Menterinya, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek bernilai RM800,000 itu dijangka memakan masa selama enam minggu untuk siap sepenuhnya. Katanya, langkah terbabit bakal menyelamatkan kawasan perkuburan Islam di kampung berkenaan yang dibimbangi tenggelam ekoran masalah hakisan …

Benteng Kawal Hakisan Pantai Pengkalan Maras Dibina Minggu Depan Read More »

Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di tiga buah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Jumaat lalu. Beliau berkata, kehadirannya juga adalah bagi mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang tidak dapat hadir kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut. “Ahmad Samsuri juga turut …

Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir Read More »

Covid-19: Terengganu Hilang Setengah Juta Pelancong

Sektor pelancongan di Terengganu kehilangan kira-kira 500,000 pelancong sepanjang tahun ini akibat penularan pandemik Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, ia menjadikan purata kunjungan pelancong tahun ini menunjukkan penurunan kepada 4.7 juta berbanding 5.2 juta pengunjung tahun lalu. Beliau berkata, pengurangan itu dipengaruhi kemerosotan pengunjung dari Pantai Barat Semenanjung …

Covid-19: Terengganu Hilang Setengah Juta Pelancong Read More »