Terengganu

16,051 Penerima Baharu Kad Sejahtera

Kerajaan negeri telah mengenalpasti 16,051 penerima baharu bantuan Kad Sejahtera bagi fasa kedua. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata pemilihan pada kali ini diuruskan oleh Terengganu Staregic & Integrity Institute (TSIS) sebagai agensi pelaksana program. “Untuk status terkini pelaksanaan program kad sejahtera fasa dua, pihak TSIS telah mengambil perjalanan …

16,051 Penerima Baharu Kad Sejahtera Read More »

Bukan Kuat Makan Tetapi Kos Sara Hidup Di Terengganu Tinggi

Purata perbelanjaan bulanan bagi makan dan minum rakyat Terengganu yang didapati tertinggi di Malaysia sebanyak RM967 bukan disebabkan oleh tabiat pemakanan sebaliknya dipengaruhi oleh kos sara hidup yang mahal. Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha berkata, isu itu bukan sesuatu yang baharu di negeri ini, …

Bukan Kuat Makan Tetapi Kos Sara Hidup Di Terengganu Tinggi Read More »

Lumpur Tebal Sukarkan Penduduk Bersihkan Rumah

Penat menyelamatkan barangan dari air banjir belum hilang, kini penduduk Kampung Teladas dekat Air Putih, Kemaman terpaksa bekerja keras untuk membersihkan barangan yang rosak kesan lumpur di rumah mereka. Tinjauan di kampung itu mendapati penduduk pulang sebentar ke rumah setelah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan bagi memulakan proses pembersihan seawal jam 7 pagi …

Lumpur Tebal Sukarkan Penduduk Bersihkan Rumah Read More »

Tiga Daerah Di Terengganu Masih Dilanda Banjir

Tiga daerah di Terengganu masih dilanda banjir melibatkan Kemaman, Dungun dan Marang dengan jumlah keseluruhan mangsa dipindahkan ke 12 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan seramai 1,041 orang daripada 269 keluarga. Sehingga jam 8 pagi tadi, sebanyak lapan PPS masih dibuka di Kemaman iaitu Dewan Serbaguna Kampung Air Putih, Surau Haji Othman, Dewan Sivik Felda Seberang …

Tiga Daerah Di Terengganu Masih Dilanda Banjir Read More »

UMT Duduki Senarai 200 Universiti Terbaik Asia

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menduduki senarai 200 universiti terbaik Asia berdasarkan Laporan QS Asia University Rankings 2021. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan,  QS Asia University Rankings menilai universiti di Asia melalui 11 petunjuk diantaranya reputasi, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni  Mokhtar berkata, UMT melonjak kepada kedudukan 195 iaitu meningkat …

UMT Duduki Senarai 200 Universiti Terbaik Asia Read More »

Tiga Sungai Di Terengganu Lepasi Paras Amaran

Keadaan paras air sungai di Terengganu semakin baik apabila beberapa sungai di negeri ini yang melepasi paras bahaya mula menunjukkan trend penurunan. Bagaimanapun, sehingga jam 9 pagi ini, tiga sungai melepasi bacaan amaran melibatkan dua sungai di Setiu dan satu di Besut. Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu merekodkan bacaan 13.06 meter, melebihi paras amaran …

Tiga Sungai Di Terengganu Lepasi Paras Amaran Read More »

Hanya Hulu Terengganu Belum Terjejas Banjir

Keadaan banjir di Terengganu semakin memburuk dengan mangsa terlibat seramai 690 orang, meningkat sekali ganda berbanding semalam. Sehingga kini, semua daerah di Terengganu iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun, Setiu, Besut dan terbaharu Kemaman telah membuka pusat pemindahan sementara (PPS), kecuali daerah Hulu Terengganu. Bagaimanapun, daerah Hulu Terengganu turut dalam keadaan berjaga-jaga susulan hujan berterusan …

Hanya Hulu Terengganu Belum Terjejas Banjir Read More »

Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Kedua

Banjir gelombang kedua melanda Terengganu apabila seramai 192 penduduk daripada 57 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah berikutan rumah mereka dinaiki air malam tadi. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, daripada jumlah itu seramai 15 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering …

Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Kedua Read More »

Belanjawan 2021 : Pengecualian Bayaran Lesen Peniaga Kecil, Penjaja

Bayaran lesen perniagaan untuk peniaga kecil dan penjaja di Terengganu tidak akan dikutip sepanjang tahun 2021. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memahami tekanan yang dihadapi oleh golongan terbabit lebih-lebih dalam tempoh COVID-19. “Dengan ini kerajaan negeri mengumumkan tiada kutipan lesen peniaga kecil dan penjaja bagi tahun 2021. Kita mengharapkan dengan …

Belanjawan 2021 : Pengecualian Bayaran Lesen Peniaga Kecil, Penjaja Read More »

Perhilitan Pasang tanda amaran buaya di Sungai Marang

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan meletakkan papan tanda amaran sementara di Sungai Marang sebagai makluman kepada orang awam tentang kehadiran buaya di sana. Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, papan tanda amaran itu akan dipasang selepas kakitangan jabatan itu membuat tinjauan dan pemantauan di sungai berkenaan. “Kawasan itu …

Perhilitan Pasang tanda amaran buaya di Sungai Marang Read More »