Terengganu

Sidang DUN Terengganu Dilanjutkan Kepada Tiga Hari

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan bermula esok dilanjutkan kepada tiga hari ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini ditamatkan lebih awal. Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata, mesyuarat itu akan berlangsung pada 23 hingga 25 November dan dengan perkembangan baharu itu kenyataan dikeluarkan pada 11 November lalu adalah …

Sidang DUN Terengganu Dilanjutkan Kepada Tiga Hari Read More »

Terengganu Mohon PKPB Ditamatkan Lebih Awal

Terengganu memohon agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) negeri ini selama empat minggu yang mula dilaksanakan pada 9 November lalu dapat ditamatkan lebih awal. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau sudah pun mengemukakan alasan penamatan itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara dalam …

Terengganu Mohon PKPB Ditamatkan Lebih Awal Read More »

Waspada Fenomena Air Pasang Besar

Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai diingatkan agar lebih berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang boleh mengakibatkan banjir. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abnihajar berkata, air pasang besar boleh mengakibatkan limpahan air di kawasan daratan dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan berhampiran sungai. “Kalau kita lihat hari …

Waspada Fenomena Air Pasang Besar Read More »

Kompleks Sukan Hulu Terengganu & Jabi Bakal Siap Tahun Ini

Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Kuala Ping dan Jabi, Setiu dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2020 dengan kerja-kerja pembinaan kedua-dua kompleks sukan tersebut, setakat ini berjalan lancar dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek pembinaan kompleks sukan berkenaan merupakan antara beberapa …

Kompleks Sukan Hulu Terengganu & Jabi Bakal Siap Tahun Ini Read More »

Ketidakselesaan Peniaga Dan Pengunjung Pulau Warisan Dapat Perhatian

 Keadaan kurang selesa kepada peniaga dan para pengunjung Pulau Warisan terutama lokasinya yang penuh dengan lopak-lopak air mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed. Beliau berkata, keadaan lokasi tapak niaga sangat tidak menyenangkan pandangan, apatah lagi kepada para peniaga yang mencari rezeki di situ. “Alhamdulillah, kami dapat banyak aduan dalam bentuk …

Ketidakselesaan Peniaga Dan Pengunjung Pulau Warisan Dapat Perhatian Read More »

Lagi Masjid Di Terengganu Ditutup, Jemaah Positif Covid-19

Sebuah lagi masjid di Terengganu ditutup selama tiga hari bagi proses sanitasi bermula hari ini setelah jemaah yang menunaikan solat di masjid berkenaan disahkan positif koronavirus (Covid-19). Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad berkata, Masjid Nasiruddin Shah yang terletak di Kampung Raja, Besut itu diarahkan untuk ditutup selama tiga hari bermula hari ini …

Lagi Masjid Di Terengganu Ditutup, Jemaah Positif Covid-19 Read More »

Nafuzi Sedia Terus Bimbing TFC Musim Depan

Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengesahkan beliau sedia terus membimbing pasukan Terengganu FC pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sekiranya diberi peluang. “Jika diberi peluang membimbing pasukan TFC musim depan, saya memang akan menerimanya untuk meneruskan kesinambungan membentuk pasukan sebagaimana sebelum ini. Bagaimanapun, saya serahkan kepada pengurusan untuk menyelesaikan kedudukan pemain dan pegawai …

Nafuzi Sedia Terus Bimbing TFC Musim Depan Read More »

125 Taska Di Terengganu Dibenar Beroperasi Jika Cukup Syarat

Sebanyak 125 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di negeri Terengganu akan diberi kebenaran untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekiranya mematuhi syarat dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, permohonan kesemua taska tersebut sedang diteliti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum apa-apa …

125 Taska Di Terengganu Dibenar Beroperasi Jika Cukup Syarat Read More »

Kerajaan Pastikan Bekalan Vaksin Mencukupi- Amzad

Kerajaan Malaysia menerusi kaedah diplomasi sains antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan pendekatan pelbagai hala (multi-proged approach) bagi membolehkan negara memperolehi jaminan askes kepada bekalan vaksin Covid-19 yang sedang giat dibangunkan di seluruh dunia. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),  Ahmad Amzad …

Kerajaan Pastikan Bekalan Vaksin Mencukupi- Amzad Read More »

Akad Nikah Terhad Di JHEAT, Pejabat Agama Daerah

Majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Terengganu hanya boleh diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah (PAD). Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, arahan yang berkuatkuasa serta merta itu bertujuan menjaga keselamatan orang ramai dan memudahkan pemantauan pematuhan tatacara. “Pelaksanaan …

Akad Nikah Terhad Di JHEAT, Pejabat Agama Daerah Read More »