Terengganu

Ahmad Samsuri Menghadap Sultan Terengganu Esok, Mohon Bubar DUN

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin esok, untuk mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu, beliau akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda …

Ahmad Samsuri Menghadap Sultan Terengganu Esok, Mohon Bubar DUN Read More »

MERCU TANDA PITAS2030 : Pusat Cari kerja (PCK)

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030) memperkenal platform Pusat Cari Kerja (PCK) yang beroperasi di bawah Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) bertujuan bagi memperluaskan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman …

MERCU TANDA PITAS2030 : Pusat Cari kerja (PCK) Read More »

PBKSB Jalin Kerjasama Dengan PETRONAS, Pengendali Petroleum

KUALA TERENGGANU – Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) telah menandatangani kontrak bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) dan lapan Kontraktor Pengendali Petroleum (PACs) lain. EPIC Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, jalinan kerjasama strategik tersebut bagi perkhidmatan fasiliti pangkalan bekalan dan sewaan di Pangkalan Bekalan Kemaman …

PBKSB Jalin Kerjasama Dengan PETRONAS, Pengendali Petroleum Read More »

Sultan Terengganu Rasmi Jambatan Ikonik Pulau Poh

HULU TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Jambatan Ikonik Pulau Poh, Tasik Kenyir dekat sini, malam tadi.  Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan keempat-empat anakanda baginda termasuk Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Turut hadir mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad …

Sultan Terengganu Rasmi Jambatan Ikonik Pulau Poh Read More »

Kemas Disediakan Peruntukan RM18.9 Juta Lahir 1,500 Usahawan Rintis Setiap Tahun

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) disediakan peruntukan sebanyak RM18.9 juta untuk melahirkan 1,500 usahawan rintis di seluruh negara pada setiap tahun. Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Ahmad Kamal Idris Mohd. Nawawi berkata, usahawan tersebut akan mengikuti kursus lima kemahiran melalui program ‘Quick Win’  iaitu bidang jahitan, masakan, dandanan diri, seni tangan dan komputer. Menurutnya, tumpuan …

Kemas Disediakan Peruntukan RM18.9 Juta Lahir 1,500 Usahawan Rintis Setiap Tahun Read More »

Hotel Paya Bunga Diiktiraf sebagai ‘Best City Hotel’

KUALA TERENGGANU – Hotel Paya Bunga sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa yang merupakan milik kerajaan Terengganu berjaya memenangi anugerah ‘Best City Hotel’ mengatasi 4,000 penyertaan di Waldoft Astroria Palm Jumeirah, Dubai. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, 4,000 penyertaan itu terdiri daripada 70 negara yang mengambil bahagian dalam International Travel …

Hotel Paya Bunga Diiktiraf sebagai ‘Best City Hotel’ Read More »

Sultan Mizan Titah Jaga Akhlak Ketika PRN, Elak Politik Kebencian

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, bertitah mengingatkan parti politik supaya berkempen secara sihat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat. Baginda bertitah, politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak supaya tidak menjejaskan perpaduan ummah yang bermazhabkan Imam Syafie serta …

Sultan Mizan Titah Jaga Akhlak Ketika PRN, Elak Politik Kebencian Read More »

Suami Isteri Warga Emas Maut Kemalangan di LPT2

KUALA BERANG – Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 392.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi-Ajil, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi, mangsa, Mohd Ghani, 68, dan Minah Abdullah, 69, yang berasal dari Kampung Tok Rimau …

Suami Isteri Warga Emas Maut Kemalangan di LPT2 Read More »

Terengganu Equestrian Resort (TER) Pilihan Keluarga Bagi Percutian Hujung Minggu

KUALA TERENGGANU – Terengganu Equestrian Resort (TER) menjadi antara lokasi pilihan utama keluarga bagi percutian hujung minggu di Terengganu ekoran lengkap dengan pelbagai keunikan dan kemudahan infrastruktur yang disediakan. Pengurus Operasi TER, Mohd RizwanTufail Ahmad berkata TER menjadi kunjungan tumpuan ramai dengan para keluarga boleh meluangkan masa dengan memilih pelbagai permainan dan lokasi yang ada …

Terengganu Equestrian Resort (TER) Pilihan Keluarga Bagi Percutian Hujung Minggu Read More »

Sektor Pelancongan Berkaitan Penyu Kembali Rancak Di Terenganu

DUNGUN – Kerajaan Negeri bertekad untuk merancakkan kembali aktiviti pelancongan berasaskan pengalaman bersama dengan penyu (Terengganu Turtle Experience Tourism) di sini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata kegiatan tersebut merupakan sektor ekonomi yang perlu diberikan suntikan baharu, dalam membangunkan sesuatu produk pelancongan. “Kita perlu pastikan ia dibina dalam kerangka ESG (Environmental, Social and …

Sektor Pelancongan Berkaitan Penyu Kembali Rancak Di Terenganu Read More »