Terengganu

Bekas Guru Ditemui Meninggal Dunia

KEMAMAN: Seorang bekas guru ditemui meninggal bersendirian dipercayai sejak lima hari lalu di rumahnya Taman Chukai, dekat sini, tengah malam tadi. Mayat Mustaffa Abdul Ghani 67, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidurnya selepas pintu kediamannya terpaksa dipecah anggota polis kira-kira jam 12 tengah malam. Rakan mangsa, Mohammad Sabrin Hassan, 51, berkata dia pelik …

Bekas Guru Ditemui Meninggal Dunia Read More »

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 5 petang ini. METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ramalan cuaca itu dijangka membabitkan Langkawi, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah serta Perak di kawasan Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. “Cuaca sama …

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Read More »

Tukang Sarung, Hulu Pisau Hilang Pendapatan Selepas Kaki Dipotong

KUALA BERANG: “Aidiladha yang bakal disambut hujung bulan ini boleh saya sifatkan sebagai paling suram kerana semua tempahan sarung, hulu senjata tajam terpaksa ditolak,” kata Wan Omar Wan Mansor dari Kampung Bukit Diman dekat sini. Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian berikutan sebahagian kaki kanannya terpaksa dipotong kerana masalah penyakit kencing manis kronik yang dihidapinya. Katanya, …

Tukang Sarung, Hulu Pisau Hilang Pendapatan Selepas Kaki Dipotong Read More »

70 Peratus Peserta PEKB Berjaya Tambah Pendapatan

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 70 peratus peserta kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya mencapai sasaran dengan memperoleh pendapatan lebih RM600 sebulan. Ketua Penolong Setiausaha KPKT, Siti Nor Asyra Mohd Ayob berkata, data itu diperoleh berdasarkan penilaian dan pemantauan yang dijalankan dalam tempoh dua kali setahun selepas peserta …

70 Peratus Peserta PEKB Berjaya Tambah Pendapatan Read More »

Terengganu Inc Taja Sekolah Bagi Program UAV Pertama di Malaysia

KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) telah memperuntukkan RM45,000 bagi menaja projek TI-BsAs Aeronautics UAV In-School Programme di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa. Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata program pendidikan pesawat tanpa pemandu (UAV) itu merupakan yang pertama diadakan di …

Terengganu Inc Taja Sekolah Bagi Program UAV Pertama di Malaysia Read More »

Terengganu Inc. Berhasrat Membangunkan Loji Solar Terapung di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU – Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu Inc. berhasrat mengkaji bagi kebolehlaksanaan projek pembinaan loji tenaga solar terapung melibatkan pelaburan dianggarkan lebih RM1 bilion di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, kajian kebolehlaksanaan tersebut penting untuk mengenalpasti beberapa aspek kritikal sebelum projek loji solar terapung berkapasiti 1,000 mega …

Terengganu Inc. Berhasrat Membangunkan Loji Solar Terapung di Tasik Kenyir Read More »

Industri Perkayuan Terengganu Bakal Tembusi Pasaran Dunia

KUALA LUMPUR – Industri Perkayuan Terengganu menerusi syarikat berkaitan kerajaan negeri, Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (Pesama) dijangka bakal menembusi pasaran dunia. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Forest Avenue International (Forest Avenue) pada hari ini dijangka akan membantu Pesama untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat (US). …

Industri Perkayuan Terengganu Bakal Tembusi Pasaran Dunia Read More »

Amaran Cuaca Buruk Di Lapan Negeri

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa daerah di lapan negeri sehingga 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, ramalan cuaca itu dijangka membabitkan Perlis, Kedah dan Perak. Menurutnya, di Kelantan dijangka membabitkan Jeli dan Gua Musang, manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, …

Amaran Cuaca Buruk Di Lapan Negeri Read More »

Sotong ‘Berkandang’, APMM Diminta Tingkatkan Kawalan

DUNGUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diminta mempertingkatkan kawalan mengekang kemasukan nelayan asing berikutan musim sotong di perairan Terengganu. Nelayan, Mohd Shahrul Hisham Yusof, 36, berkata, musim sotong sememangnya menjadi kegemaran nelayan asing warga Vietnam menceroboh perairan Terengganu untuk ‘merompak’. Menurutnya, sotong pada tahun ini didapati lebih banyak di perairan Terengganu dan sememangnya ia dinantikan …

Sotong ‘Berkandang’, APMM Diminta Tingkatkan Kawalan Read More »

Sotong Sedang ‘Berkandang’ Di Perairan Terengganu

DUNGUN: “Tahun ini paling pelik dan mencatat sejarah dengan kebanjiran sotong yang menyerang perairan Terengganu,” kata nelayan, Mohammed Noor Yusof. Mohamed Noor Yusof, 62, yang mempunyai dua buah bot, mendakwa musim sotong tahun ini membawa rezeki kepada ribuan nelayan di Terengganu serta orang ramai yang mengambil peluang memukat dan mencandat sotong. “Memang banyak sotong tahun …

Sotong Sedang ‘Berkandang’ Di Perairan Terengganu Read More »