Terengganu

Motosikal Bertembung, Lelaki OKU Maut Kemalangan

MARANG: Lelaki orang kurang upaya (OKU) maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Rawai, Kampung Bukit Damai, Bukit Payong di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam, mangsa, Mohd Azman Mat Salleh, 43, yang kudung kaki kanan maut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Md Dris berkata, …

Motosikal Bertembung, Lelaki OKU Maut Kemalangan Read More »

‘Kejayaan SPM Ini Ubat Lara Hati Saya Selepas Buta Tanpa Diduga’

KUALA TERENGGANU – “Selepas buta sepenuhnya, saya mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menguasai braille bagi memudahkan pembelajaran hingga akhirnya berjaya mencatat keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 hari ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini, Khairul Anwar Zakaria. Khairul Anwar dari Kuala Nerus yang memperoleh keputusan 5A+ dan 2A, …

‘Kejayaan SPM Ini Ubat Lara Hati Saya Selepas Buta Tanpa Diduga’ Read More »

‘Tak Sangka Mayat Ditutupi Kain Putih Atas Jalan Adalah Adik Sendiri’

KUALA TERENGGANU – Luluh hati seorang pemuda apabila mendapati mayat mangsa kemalangan yang ditutupi kain putih di Jalan Sultan Mahmud berhampiran Kompleks Rawatan Harian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini malam tadi adalah adik sendiri. Dalam kejadian 12.50 tengah malam itu, Muhammad Hairie Fitri Mohd Husaini, 20, dalam perjalanan ke HSNZ yang berhampiran dengan …

‘Tak Sangka Mayat Ditutupi Kain Putih Atas Jalan Adalah Adik Sendiri’ Read More »

Remaja Lelaki Hilang di Sungai Terengganu Ditemui Lemas

KUALA BERANG – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Terengganu, dekat Kampung Dusun di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan berkata mayat mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, ditemukan terapung di sungai berhampiran Kampung Temir oleh orang awam kira-kira 1.05 …

Remaja Lelaki Hilang di Sungai Terengganu Ditemui Lemas Read More »

KMI Healthcare, PKENPs Tandatangan MoU Untuk Pembangunan Kesihatan di Perlis

KUALA LUMPUR – Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) bahagian penjagaan kesihatan di bawah TDM Berhad dan Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Perlis. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata usahasama dengan pihak PKENP ini bakal menjadi tanda aras kepada …

KMI Healthcare, PKENPs Tandatangan MoU Untuk Pembangunan Kesihatan di Perlis Read More »

Radius Operasi Mencari, Menyelamat Remaja Dikhuatiri Lemas Diperluas

HULU TERENGGANU: Radius operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu di Kampung Dusun dekat sini, semalam diperluas sehingga lima kilometer, hari ini. Ketua Polis Daerah  Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, operasi tersebut turut dibantu dua ekor anjing daripada unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). …

Radius Operasi Mencari, Menyelamat Remaja Dikhuatiri Lemas Diperluas Read More »

APMM Terengganu Tahan Bot Nelayan Asing, Rampas Hasil Laut RM1.5 Juta

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam dan merampas hasil laut bernilai RM1.5 juta di kedudukan jarak 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, pada petang Selasa. Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid berkata bot tersebut ditahan dalam oeprasi pada 1.20 tengah hari dan pemeriksaan …

APMM Terengganu Tahan Bot Nelayan Asing, Rampas Hasil Laut RM1.5 Juta Read More »

Tasik Kenyir Disytihar Sebagai Geopark Kebangsaan

KUALA TERENGGANU – Tasik Kenyir hari ini mendapat perakuan serta diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali dengan nama “Kenyir Geopark”. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata pengiktirafan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim …

Tasik Kenyir Disytihar Sebagai Geopark Kebangsaan Read More »

Cuaca Panas Punca Induk Penyu Jantan Berkurang

SETIU – Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda seluruh negara menyebabkan penghasilan induk penyu jantan semakin berkurangan. Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Uzair Rusli berkata setakat ini penghasilan penyu jantan di kebanyakan pusat konservasi hampir tiada atau 0 peratus. Katanya, keadaan itu dilihat …

Cuaca Panas Punca Induk Penyu Jantan Berkurang Read More »

TDM Berhad Miliki Dua Loji Biogas

KEMAMAN – TDM Berhad (TDM) melalui anak syarikatnya, TDM Plantation Sdn. Bhd. kini memiliki dua loji Janakuasa Biogas yang telah berjaya dihidupkan dan beroperasi sepenuhnya. Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata kedua-dua Loji Jana kuasa Biogas itu terletak di Kampung Padang Kubu di sini dan Sungai Tong, Setiu. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal …

TDM Berhad Miliki Dua Loji Biogas Read More »