Aizat Amdan jawab gosip dilamun cinta
Penyanyi Aizat Amdan mengambil pendekatan mengunci mulut untuk mengulas lanjut dakwaan gosip cinta yang membabitkan dirinya dengan seorang gadis baru-baru ini. Kata Aizat, 29, dia akan berkongsi kesahihan berita itu sekiranya sampai masanya. “Rasanya sudah tiba masanya untuk saya berhenti menjawab atau bercerita lagi tentang kehidupan peribadi. “Saya harap semua pihak memahami keputusan saya ini. …