Cawangan Pejabat LHDN Terengganu Ditutup, Jalani Proses Sanitasi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU –  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada hari ini telah memaklumkan beberapa cawangan dan pejabat LHDN di sekitar Terengganu akan ditutup buat sementara mulai esok hingga 16 Mac bagi memberi laluan kepada kerja sanitasi.

LHDN dalam satu kenyataan, menyatakan antara cawangan terlibat dalam proses tersebut adalah Pejabat Pengarah Negeri Terengganu dan Kelantan di Kuala Terengganu, Cawangan Siasatan Kuala Terengganu, Pusat Khidmat Hasil (PKH) Kemaman dan PKH Dungun.

Menurut kenyataan tersebut lagi, cawangan alternatif lain bagi mereka yang ingin berurusan boleh menuju ke PKH Hulu Terengganu dan PKH Besut.

Agensi tersebut turut menyarankan kepada para pelanggan yang hadir ke kaunter perkhidmatan LHDN agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penyebaran COVID-19.

Untuk maklumat lebih lanjut, senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara boleh dicapai melalui pautan di http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_Covid_19_1.pdf

Bagi pertanyaan lanjut, talian Hasil Care Line di nombor 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara; HASiL Live Chat; dan melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDN.

Sumber: TRDI News