COVID-19: 2 kluster baharu dikesan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dua kluster baharu dikesan masing-masing satu di Perak dan Sabah. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Batu di Perak itu sehingga kini sudah menjangkiti tujuh individu.

Katanya, kluster berkenaan dikesan hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga di sebuah kem tahanan.

“Manakala kluster kedua iaitu Kluster Ramai-Ramai dikesan di Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke 12,161 adalah seorang pemandu bas dan mengalami gejala sakit tekak dan demam bermula 27 September lalu.

“Kes dikesan positif COVID-19 pada 3 Oktober sebelum dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, Sabah. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan mengesan 19 lagi kes positif COVID-19,” katanya pada sidang media COVID-19 hari ini.

Sumber: Berita Harian