KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 23 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,678 orang, daripada 2.78 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 23 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 39,927 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 32,743 individu atau 82 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,520 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,416 kes dirawat di hospital dan 248 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 131 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 117 lagi memerlukan mesin ventilator.
Sumber: AWANI