COVID-19: 293 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Tan Sri Dr Noor Hisham

Sebanyak 293 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.

Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada kematian dicatatkan, hari ini.

Semalam, jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.