Covid-19: 54 Kematian Direkodkan Semalam Termasuk 16 Kes BID

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA – Enam belas daripada 54 kematian akibat COVID-19 yang direkodkan semalam, membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan (BID).

Daripada jumlah itu, sebanyak 13 kematian direkodkan di Selangor, termasuk tiga kes BID. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang maut akibat wabak itu kini mencecah 34,842.

Sabah merekodkan sembilan kematian semalam, termasuk dua kes BID; Kuala Lumpur dengan lapan kematian termasuk dua kes BID, masing-masing lima kematian di Kedah (3 BID) dan Negeri Sembilan (2 BID), masing-masing tiga kematian di Johor, Sarawak (1 BID) dan Terengganu serta masing-masing dua kematian di Kelantan (2 BID) dan Melaka serta satu kes BID di Pulau Pinang.

Sementara itu, seramai 1,312,205 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun sudah menerima satu dos pelalian COVID-19 setakat semalam, 2,848,821 remaja berusia antara 12 hingga 17 sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Ketika ini juga, seramai 15,632,112 individu dewasa sudah menerima dos penggalak sehingga semalam.

Sumber: BERITA HARIAN