COVID-19: 56 Kematian Baharu Direkod Pada Sabtu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 56 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,069 orang, daripada 4.2 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 201,232 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 196,491 individu atau 97.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 555 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dnan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 3,925 kes dirawat di hospital dan 261 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 153 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: AWANI