COVID-19: 65 Kematian Baharu Direkod, 15 BID

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 65 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,600 orang, daripada 4.02 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 15 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 248,863 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 241,114 individu atau 96.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 1,366 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Tambahan pula, sebanyak 6,051 kes dirawat di hospital dan 332 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 143 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 189 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: AWANI