COVID-19: 85 Kematian Baharu Direkod, 23 BID

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 85 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,329 orang, daripada 3.94 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 283,275 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 273,974 individu atau 96.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,747 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 7,164 kes dirawat di hospital dan 390 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 171 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 219 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: AWANI