Covid-19: Bilik gerakan 24 jam di IPT diwujudkan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Bilik Gerakan 24 jam yang diwujudkan di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara berfungsi sebagai pusat pengumpulan maklumat dan memberi maklum balas terhadap kes yang berlaku termasuk berkaitan Covid-19.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia diwujudkan di bawah Pelan Pengurusan Risiko bagi menjaga kebajikan dan keselamatan penuntut yang berada di IPT.

“Saya sedar dan faham kerisauan ibu bapa dan pelajar dalam situasi Covid-19 ini.

“Insya-Allah, KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) akan berusaha sebaik mungkin dalam memastikan keselamatan dan kebajikan anak-anak pelajar kita terus terbela,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO pada persidangan sayap itu sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020, di sini, hari ini.

Ketua Wanita Umno itu berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan penuntut sebelum dan semasa berada di dalam kampus juga disediakan selain Pelan Pengurusan Krisis untuk jangka panjang dan sederhana turut dibangunkan.

“Ia bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat berkenaan isu atau persoalan yang kerap dibangkitkan, kompilasi soalan-soalan lazim turut disediakan,” katanya.

Sumber: My Metro