COVID-19: Enam Kematian Baharu Direkod, Empat BID

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu direkodkan akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,526 orang, daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 58,436 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 56,776 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 61 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sebanyak 1,501 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU pula membabitkan 35 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 63 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: AWANI