Covid-19: EU tarik balik sekatan perjalanan 11 negara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

London: Penduduk dari 11 negara ketiga tidak akan dikenakan sekatan perjalanan untuk ke negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Kesatuan Eropah (EU) selepas mendapati negara itu selamat dari segi epidemiologi (dengan mengambil kira situasi penularan Covid-19 di negara berkenaan).

Senarai itu sebagai panduan sekiranya negara anggota EU berhasrat untuk membuka sempadannya kepada penduduk dari negara ketiga berkenaan, tidak lama lagi.

Negara ketiga merujuk kepada negara yang bukan anggota EU, dan negara atau wilayah yang penduduknya tidak mempunyai keistimewaan bebas bergerak EU.

Portal SchengenVisaInfo.com melaporkan, keputusan itu diambil pada 30 Jun lalu selepas pertemuan dengan semua duta besar negara anggota EU.

Ia bagi mengkaji senarai negara ketiga yang selamat untuk tujuan itu, menerusi penilaian setiap dua minggu,

dan kemas kini itu diumumkan pada 1 Julai.

Negara berkenaan adalah Armenia, Azerbaijan, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Kanada, Jordan, Kosovo, Moldova, Montenegro, Qatar, dan Arab Saudi.

“Selepas kajian di bawah cadangan mengenai senarai baharu pembukaan sempadan untuk perjalanan tidak penting ke EU, kami mengemas kini senarai negara, wilayah khas dan entiti lain dan pihak berkuasa wilayah yang sekatan perjalanan ditarik balik,” menurut kenyataan majlis itu dalam siaran akhbarnya.

Oleh itu, sejak 1 Julai, berdasarkan kriteria dan syarat yang dinyatakan, negara EU harus secara berperingkat menarik balik sekatan perjalanan bagi penduduk dari negara berkenaan.

Sumber: My Metro