COVID-19: Kelantan catat 35 kes baharu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU: Kelantan merekodkan 35 kes baharu positif COVID-19 semalam, iaitu angka tertinggi setakat ini menjadikan kes aktif keseluruhan sebanyak 436 kes. Kesemua jumlah kes baharu itu adalah kontak rapat Kluster Huma membabitkan remaja dan warga emas dari sebuah madrasah di Pasir Puteh.

Jumlah itu sekali gus menyaksikan kluster terbaharu iaitu Kluster Huma yang diumumkan, semalam kini merekodkan 55 kes sehingga petang kelmarin.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menerusi Facebook memaklumkan, sehingga kini seramai 127 kes positif dirawat di wad termasuk tujuh dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Tiada kes kematian baharu direkodkan menjadikan kumulatif kes kematian adalah empat kes.

“JKN Kelantan menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh mulai Isnin ini sehingga 20 Disember.

Sumber: BH Online