Covid-19: Masjid Wakaf Tembesu tutup sementara

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Masjid Wakaf Tembesu di Kuala Nerus ditutup tiga hari bagi proses disinfeksi dan pembersihan susulan terdapat jemaah positif Covid-19. Penutupan masjid yang bermula semalam untuk membolehkan kerja-kerja itu dilaksana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu.

Kredit Gambar : NSTP / Ghazali Kori

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mat Azmi Arshad berkata, keputusan penutupan dibuat bagi mengelak berlakunya penularan wabak Covid-19, selain memudahkan prosedur nyahkuman di seluruh kawasan masjid.

Arahan penutupan ini dibuat mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Susulan itu, semua aktiviti di masjid dibatalkan buat sementara waktu tetapi laungan azan tetap diteruskan pada setiap waktu solat oleh pegawai yang bertugas. Langkah pencegahan ini diambil demi keselamatan semua dan masyarakat tidak perlu cemas kerana kita sudah mengambil tindakan sewajarnya.

Sebelum ini, tiga masjid dan surau di Terengganu ditutup sementara bagi proses sama, selain sebuah restoran makanan segera di Gong Badak.

Sumber : Harian Metro