Covid-19: PKPB Dipendekkan Jika Lengkung Jangkitan Berjaya Diratakan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang boleh dipendekkan daripada empat kepada dua minggu jika lengkung jangkitan koronavirus (Covid-19) berjaya diratakan lebih awal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah mengehadkan pergerakan dari satu zon ke zon lain, daerah atau negeri adalah tindakan terbaik untuk membendung penularan virus, sekali gus memutuskan rantaian jangkitan.

“Selagi ada pergerakan, berlaku pendedahan dan risiko kepada jangkitan. Tidak akan kembali kepada keadaan asal, sebab ini adalah norma baharu kerana virus itu sudah ada dalam komuniti. Kita perlu hidup dengan virus dan kita perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dengan amalan dan pencegahan jangkitan untuk terus hidup,”

Berita penuh di Sinar Harian