Cuba periksa kuku kaki anda, jika beralun ia mungkin tanda ada penyakit!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TAHUKAH anda keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan perubahan pada kuku termasuk pembentukan benjolan.

Benjolan vertikal pada kuku adalah paling umum dan biasanya tidak berbahaya, namun adakalanya keadaan itu boleh menjadi tanda penyakit serius terutamanya jika ia berbentuk horizontal.

Penyebab kuku kaki beralun sama ada berbentuk horizontal atau vertikal adalah berbeza. Pun begitu keadaan itu boleh disebabkan;

Healthy nails



Kuku perlu dijaga dengan baik agar tetap sihat.

1. Penuaan

2. Penyakit anemia

3. Penyakit berkaitan pembuluh darah

4. Trachyonychia

5. Rheumatoid Arthritis

Sementara itu penyebab kuku beralun ke arah horizontal boleh juga disebabkan;

1. Penyakit buah pinggang

2. Diabetes

3. Gangguan tiroid

4. Demam denggi, campak

5. Jangkitan endokardium

6. Siflis

7. Subungual Melanoma

Kaki hitam



Berwaspada jika kuku ibu jari berubah menjadi hitam.

Gejala kuku kaki berbonjol atau beralun yang perlu diperhatian termasuklah;

1. Perubahan warna – kuku akan berubah menjadi putih, kuning atau cokelat selain mempunyai bintik-bintik merah atau putih di bawahnya.

2. Perubahan permukaan – akan ada bonjolan atau lubang di permukaan kuku

3. Pembentukan serpihan – serpihan berwarna putih seperti berkapur dapat terbentuk di bawah kuku

4. Penebalan kuku – akibat jangkitan kuman boleh menyebabkan kuku menjadi tebal dan mengelupas

Dalam sesetengah kes, gejala-gejala ini dapat menyebabkan bahagian kuku berasa sakit dan kaki sukar digerakan.

kuku rosak



Keadaan kuku jari boleh menceritakan keadaan kesihatan seseroang.

Kebiasaannya, doktor akan melakukan ujian air kencing dan darah bagi mengenal pasti sama ada punca keadaan itu disebabkan masalah buah pinggang, diabetes atau kekurangan nutrisi.

Meskipun keadaan ini tidak berbahaya namun sekiranya ia berlarutan segera berjumpa dengan doktor termasuk jika mengalami luka pada bahagian tepi kuku dan berlaku pendarahan.

Menjaga kebersihan kuku adalah cara terbaik untuk mencegah kuku kaki rosak dan berbenjol. Berikut adalah tip menjaga kuku kaki anda.

1. Pastikan kerap memotong kuku agar tetap pendek dan kemas

2. Guna pengikis kuku untuk memastikan bahagian tepi tetap halus dan tidak tajam

3. Guna pelembap pada bahagian kaki terutamanya sebelum tidur

4. Pakai kasut yang sesuai agar dapat melindungi jari kaki

Sumber: Mstar