Daiyan Trisha beli rumah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha mengakui tidak dapat menahan perasaan terharu apabila akhirnya mampu membeli rumah hasil titik peluh sendiri baru-baru ini.

Daiyan, 25, berkata proses membeli rumah ternyata agak sukar namun bersyukur kini memiliki kondominium sendiri yang terletak di ibu kota.

“Saya mula kumpul duit kira-kira dua tahun lalu selepas meninjau beberapa kediaman untuk dibeli. Ternyata prosesnya agak susah juga dan banyak perkara baru saya belajar.

“Apatah lagi saya jenis yang memilih dan mahu susun atur rumah yang cantik. Rumah yang saya pilih ini adalah yang terbaik dan sempurna buat saya,” katanya.

Menurut Daiyan, ia pencapaian peribadi yang sangat bermakna buat dirinya.

“Saya bekerja keras untuk memastikan dapat beli kediaman sendiri. Kalau kita ada perancangan dan kuatkan hati, Insya-Allah apa yang dicita-citakan akan jadi kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Daiyan memuat naik video menunjukkan kediaman barunya di Instagram.

Dalam video itu, dia kelihatan sangat tersentuh apabila akhirnya dapat pegang kunci rumah sendiri.

Sumber: Harian Metro & Instagram Daiyan Trisha