Dakwah Qatar Melalui Piala Dunia 2022

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sebagai peminat bola tentunya menantikan Piala Dunia berprestij ini dengan penuh semangat yang diadakan setiap 4 tahun sekali. Tahun 2022 ini, mencatatkan sejarah apabila Qatar merupakan negara Islam pertama yang menganjurkan Piala Dunia.

Melalui kesempatan Piala Dunia ini, Qatar sangat aktif menyebarkan mesej dakwah Islam dengan aman.  Ayuh saksikan bagaimanakah mesej Islam disampaikan melalui Piala Dunia 2022 ini.

Antara yang dilakukan melalui Piala Dunia ialah:

  1. Merasmikan majlis pembukaan dengan Ayat Al-Quran

 Qatar mencatatkan sejarah apabila Majlis Pembukaan Piala Dunia Qatar dengan bacaan Ayat Al-Quran Surah Al-Hujurat, ayat 13. Menarikmya segmen pembukaan ini merupakan perbualan pelakon veteran Amerika Syarikat, Morgan Freeman bersama Ghanim Al-Muftah, seorang Qari Youtuber yang terkenal di Qatar yang juga  merupakan duta Piala Dunia 2022.

Perbualan mereka menyentuh nilai perpaduan, keamanan serta isu kemanusiaan berdasarkan Surah Al-Hujurat, ayat 13. Ayat ini menggesa agar manusia berkenal-kenalan antara satu sama lain.

2. Perkongsian Hadis di kebanyakan sudut ruang bangunan.

Perkongsian hadis-hadis Rasulullah SAW dipaparkan di banyak dinding dan sudut bagi menjelaskan keindahan islam bahawa Islam sangat menganjurkan amal kebaikan.

3. Menyediakan bar kod untuk mempromosi Islam

Sesetengah hotel di Doha menyediakan bar kod di bilik-bilik pengunjung. Bar kod tersebut akan memaparkan laman web Kementerian Waqaf dan Urusan Islam Qatar bagi mempromosi Islam dalam pelbagai bahasa.

4. Pemberian cenderahati kepada peserta Piala Dunia 2022, Qatar

Uniknya pihak penganjur memberikan cenderahati berbentuk jersi, miniatur piala dunia, minyak wangi, sejadah dan siwak. Turut diselitkan juga risalah pengenalan Islam dalam 10 bahasa.

5. Kemudahan ruang solat dan wudu’ disediakan

Sebagai negara Islam pertama yang menganjurkan Piala Dunia ini, Qatar telah mempersiapkan banyak ruang untuk bersolat dan mengambil Wudu. Bahkan dinding ruang solat yang lutsinar juga memudahkan orang ramai untuk melihat bagaimana solat dilaksanakan. Ia sekaligus menarik minat bukan Non-Muslim untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana Muslim melaksanakan ibadah solat.

6. Melantik Muazin bersuara merdu dan meletakkan pembesar suara di dalam stadium

Ia bertujuan untuk memperkenalkan azan kepada orang ramai dengan suara yang indah. Di samping itu juga, mikrofon juga yurut diletakkan di dalam stadium bagi memudahkan bilal melaungkan azan.

7.Mengoperasikan semula Museum Of Islamic Art (MIA)

Pengoperasian kembali Museum Of Islamic Art yang dilakukan oleh Pameran Islam oleh Kementerian Waqaf dan urusan Islam untuk kemudahan rakyat dari seluruh pelusuk dunia dalam pelbagai bahasa.

8. Qatar menghalang promosi LGBT, tidak mempromosi arak

Qatar bertegas untuk tidak membenarkan mana-mana pihak mempromosikan LGBT secara terbuka. Arak dan bir juga tidak dijual di mana-mana kawasan di Qatar. Tidak dapat dinafikan tindakan Qatar ini diserang oleh pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan Qatar yang dianggap tidak mendokong hak kebebasan, namun negara Qatar tetap tegas dengan pendirian mereka.

Tindakan Qatar ini dipuji oleh ramai pihak dari seluruh dunia seperti Dr Muhammad Salah kerana mengamalkan konsep dakwah secara aman dan baik.