Dapur anda akan bersih berkilau dengan menggunakan 11 helah pembersihan ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Dapur adalah tempat yang paling mudah kotor di dalam rumah. Jika kita tidak menjaga dapur dengan baik, semestinya banyak bakteria dan kuman akan membiak di dapur. Dapur yang kotor akan menjejaskan kualiti makanan yang kita masak. Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa helah pembersihan supaya dapur anda bersih berkilau!

1. Bersihkan Penapis ventilasi hood dapur

Tahukah anda, hood dapur anda boleh menjadi tempat yang paling banyak membiak kuman terutamanya penapis ventilasi disebabkan keadaan yang berminyak dan kotor. Oleh itu, untuk bersihkannya:

  • Keluarkan penapis ventilasi di dalam hood dapur anda
  • Rebuskan air didalam periuk keluli yang besar
  • Tambahkan kira-kira 1/4 cawan serbuk penaik pada satu-satu masa sehingga ia membawa air mendidih dan berbuih. Hati-hati, jangan tambah serbuk penaik terlalu banyak dalam satu-satu masa!
  • Rendamkan penapis ventilasi didalam periuk keluli.
  • Sekiranya anda mempunyai periuk yang lebih kecil, anda perlu mengangkat penapis ventilasi beberapa kali dan biarkan mereka berendam selamat 60 saat sebelum mengangkatnya.

Selepas proses ini, penapis ventilasi anda akan kelihatan baru!

2. Cara nak pastikan Jubin dapur kelihatan seperti baru

Dari sekecil-kecil Jubin sehingga sebesar-besar Jubin, semuanya kotor kalau kita perasan. Di antara tips nak bersihkan sekilat-kilatnya Jubin kotor tu.

  • Taburkan serbuk penaik di di atas Jubin
  • Isikan botol spray kosong dengan air campuran sabun pencuci atau ¼ cawan peluntur dan semburkan keatas serbuk penaik tadi
  • Biarkan ia berbuih seketika
  • Sental sehigga bersih
  • Jangan tunggu lama-lama untuk membasuh Jubin itu.

Percayalah, lepas ni, Jubin dapur anda akan berkilat seperti baru dipasang!

3. Sental Kuali lama untuk nampak baharu

Anda boleh basuh periuk dan kuali sehingga bersinar seperti baharu dengan menggunakan cara ini.

  • Basahkan kuali/periuk yang nak dibasuh
  • Letakkan sedikit cuka di dalamnya
  • Panaskan di atas dapur dengan menggunakan api sederhana panas sehingga mendidih.
  • Tutup dapur dan taburkan serbuk penaik sedikit demi sedikit sehingga ia berbuih.
  • Letakkan lebihan pes itu di bekas lain dan sental kuali/periuk itu. Anda juga boleh bersihkan kotoran kotor dengan menggunakan lebihan pes tadi atau anda boleh menggunakan pes soda(tambah air pada serbuk penaik dan kekalkan konsistensinya)

4. Bersihkan Span dapur

Span boleh memindahkan berjuta bakteria dair satu pinggan ke satu pinggan jadi anda perlu bersihkan span sekali selang beberapa hari(3-4hari). Ada beberapa cara untuk membersihkan span dapur anda.

  • Untuk melembutkan dan menanggalkan kotoran yang terdapat pada span- anda boleh microwavekan span dan segelas air dengan suhu yang tinggi
  • Untuk menghapuskan bau busuk span, anda boleh masukkan span anda dalam mesin pencuci pinggan

Kini, anda boleh mendapatkan span yang paling bersih dah wangi, melainkan anda beli span baru hehe

5. Bersihkan Sinki keluli tahan karat

Anda perasan tak ada tompok-tompok pada sinki keluli tahan karat anda? Hah, itu maksudnya sinki anda dah kumpul banyak bakteria sehingga munculnya tompok-tompok tu. Macam mana nak hilangkan tompok-tompok tu?

  • Pes soda (campurkan serbuk penaik dengan sedikit air atau sedikit cuka)
  • Campuran sabun pencuci dan cuka

Semestinya anda boleh gunakan sabut besi berus sinki itu tetapi jika anda tidak mahu menggunakannya atau tidak mahu membelinya, Manis FM telah menyenaraikan bahan-bahan yang boleh berfungsi sama dengan sabut besi berus sinki.

6. Dulang pembakar di dalam ketuhar

Dulang pembakar yang kita selalu gunakan untuk membakar kek dan roti tu selalunya benda paling kita malas nk basuh. kadang-kadang ia mengambil masa yang lama untuk melembutkan kerak-kerak walaupunkita dah rendam.

Apa yang anda perlu buat

  • Taburkan sabun perncuci dan serbuk penaik atas bahagian yang nak dibersihkan
  • Tuangkan air panas dibahagian tersebut
  • Gosokkan bahagian itu dengan sekeping aluminium yang dikonyok menjadi bola

7. Celah-celah countertop

Cara paling mudah untuk membersihkan celah-celah coutertop yang sukar untuk dicapai adalah dengan mengambil tuala basah dan bungkusnya di sekitar pisau mentega/jem. Jangan lupa basahkan tuala dengan larutan pembersihan sebelum masuk dalam celah-celah dan gosokkan sehingga bersih.

8. Pembakar dapur

Anda tidak perlu menyental dengan menggunakan cara ini.

  • Ambil beg Ziploc atau beg kedap udara dan isi dengan 1/4 cawan ammonia.
  • Masukkan pembakaran dapur di dalam dan kedapkan.
  • Jangan gunakan lebih banyak ammonia daripada yang diperlukan – kita perlu membersihkan kotorannya sahaja
  • Tinggalkan semalaman.
  • Basuh pembakar dapur dengan span atau tuala basah.

9. Pili kepala paip dapur

Pembersihan pili kepala paip dapur akan menjadi lebih mudah dan cepat jika anda melakukan yang berikut:

  • Dapatkan beg Ziploc atau beg plastik kecil.
  • Isi dengan air, sedikit cuka dan serbuk penaik, cukup menutup pili kepala paip.
  • ikatkan beg pada pili kepala paip.
  • ketatkan beg dengan getah.

Biarkan selama sejam sebelum anda mengambil beg itu. Lap sisa campuran dan gosok karat degil dengan menggunakan berus gigi lama

10. Penyeduk debu/sampah

Ini helah kecil yang berguna akan membantu anda dengan lantai berdebu. Daripada menggunakan sampah selepas menyapu permukaan, gunakan tuala kertas basah atau kain lap bayi – kumpulkan debu di atasnya dan ambilnya , mengelap debu, yang tidak menyala dengan bahagian lain tuala

11. Bersihkan Peti sejuk

Hands cleaning refrigerator.

Untuk menghapus bau busuk dalam peti sejuk anda

– sama ada mencuci dengan campuran soda dan serbuk penaik

  • Letakkan potongan kentang di dalam peti sejuk.
  • Ambil separuh oren atau lemon dan segenggam cengkih dah letakkan di dalam rak peti sejuk
  • Jika anda seorang peminat vanila – ambil bola kapas yang direndam ekstrak vanilla dalam mangkuk kecil dan letakkan di dalam peti sejuk.

Sumber: Bright Side