Dapur Sup Gaza Terus Berbakti Pada Insan Memerlukan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Di Gaza, Samira Abu Amra yang berusia 41 tahun akan memasak setiap hari isnin dan khamis menggunakan sebuah periuk besar untuk masyarakat yang memerlukan makanan. Sebelum memasak dia akan membuat unggun api untuk membakar kayu dan menunggu air di dalam periuk mendidih.

Samira warga Palestin yang tinggal di kawasan kejiranan Zeitoun di Kota Gaza, akan memasak 200 liter makanan setiap dua kali seminggu untuk memberi makan kepada masyarakat tempatan di sekelililingya yang hidup dalam kemiskinan akibat keadaan ekonomi yang teruk, pengepungan berterusan oleh pihak Israel di Jalur Gaza dan kerosakan yang disebabkan oleh banyak pengeboman serta perang.

Projek Dapur Sup Gaza ini dibiayai oleh para wanita di Kuwait yang pernah bertemu Samira sebelum ini. Mereka pernah bertanya, ‘Um Muhammed, apa perasaan anda jika anda melakukan ini semua ini sebagai satu kerja amal, tanpa sebarang bayaran?’ dan saya menerima permintaan untuk berbuat kebaikan pada semua orang.

“Sejujurnya, masyarakat menyukai idea itu dan mereka senang hati menerimanya. Mereka merasakan tindakan itu benar-benar membantu mereka dalam hidup mereka,” katanya kepada MEMO. “Respon positif daripada mereka memberi saya dorongan, dan membuat saya ingin meneruskan aktiviti kebajikan ini”

“Di sini setiap orang melalui keadaan hidup yang sangat sukar, dan tahap kemiskinan di daerah ini adalah tinggi. Masyarakat tidak akan menerima idea ini kecuali mereka betul-betul memerlukan. Tindakan ini memberi impak yang sangat besar kepada mereka dan mereka mengatakan bantuan makanan ini menolong mereka menjalani kehidupan mereka. “

Semasa projek bantuan makanan ini dilancarkan, Samira menyediakan makanan kepsda 25-30 keluarga, dan kini dia telah menyediakan bantuan makanan lebih dari 40 keluarga.

Kos penyediaan makanan hanyalah sekitar 40 dinar Jordan ($ 60) untuk dimasak pada hari tertentu namun Samira turut bimbang jika jumlah orang yang datang kepadanya untuk makan akan terus bertambah disebabkan meningkatnya kaar kemiskinan di daerah itu.

Dia berharap dapat memiliki dapur yang selesa dan dapat mendirikan pusat kebajikan untuk menolong lebih ramai insan yang memerlukan di sekelilingnya.