Dari Hulu Terengganu ke Peringkat Dunia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) bakal mewakili Malaysia dalam First Global Challenge 2023 Singapore tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mereka bakal berentap dengan 190 buah negara di seluruh dunia.

“Melihat ciptaan anak-anak pelajar tadi, saya juga berkongsi pandangan beberapa perkara berkaitan teknikal operasi robot berdasarkan prinsip sains dan kejuruteraan.

“Sudah beberapa kali SAHUT mewakili Malaysia dalam pertandingan ini.

“Saya yakin mereka akan buat yang terbaik untuk pertandingan ini dan sama-sama kita doakan kejayaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada semalam.

Tambah Ahmad Samsuri, apabila sebut perkataan hulu, sering orang kaitkan dengan perkataan ‘darak’ ataupun jakun.

“Sedangkan hulu juga merupakan sebuah tempat sama seperti tempat lain.

“Jangan merasa rendah diri atau diperkecilkan bila tempat kita berada di hulu,” ujarnya.

Untuk rekod, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) telah mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila tiga pelajarnya membawa pulang pingat perak.

Kategori menengah rendah di pertandingan The 13th International Standards Olympiad di Yongin, Korea Selatan pada 8 hingga 10 Ogos 2018.

– TRDI