Dari Kritik Islam kepada Masuk Islam – Kisah Joram Van Kleveren, bekas ahli politik Belanda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Di Barat, Islamophobia merupakan satu hal yang tidak asing lagi. Islam sering dimomokkan dengan ajaran ekstremism, jumud dan sebagainya.

Joram Van Keleveren merupakan seorang bekas ahli politik Belanda yang merupakan anti-Islam tegar. Beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian Protestan. Semasa menjadi seorang anti-Islam beliau pernah mendapat 2000 ancaman bunuh. Beliau memutuskan untuk menulis buku anti-Islam agar dapat terus menyebarkan idea bahawa Islam ini sebuah agama yang berbahaya namun pada akhirnya proses perjalanan penulisan buku tersebut bertukar kepada perjalanannya mencari tuhan dan menjadi seorang Muslim.

Antara Peristiwa yang menjadikan beliau anti-Islam

Di Barat Islam sememangnya dilihat dengan pandangan negatif. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga Kristian Protestan,  Joram sendiri turut memiliki persepsi negatif terhadap agama Islam.

Yang lebih membuatnya memiliki pemikiran negatif adalah berlakunya peristiwa 9/11 pada tarikh pendaftaran beliau di Universiti. 9/11 atau peristiwa 11 September ini merupakan peritiwa di mana berlakunya serangan berani mati oleh 19 orang pengganas al-Qaeda yang merampas empat buah kapal terbang penumpang komersial dan dengan sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York mengakibatkan Kedua-dua menara runtuh dalam masa satu jam dan 42 minit serta bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan.

Kejadian pembunuhan berani mati yang dilakukan oleh Al-Qaeda ini telah menyebabkan ramai nyawa terkorban dan sejak itu beliau mula berfikir bahawa agama Islam ini gila dan tidak menuju kebenaran. Beberapa tahun selepas itu berlaku lagi peristiwa yang menggemparkan di mana seorang pengarah filem Bernama Theo Van Gogh telah dibunuh dengan cara yang kejam oleh ekstremis Islam iaitu Mohamed Bouyeri. Theo Van Gogh telah ditembak di dadanya, kemudian pisau ditikam di perut beliau dengan surat yang bertulis “Ayaan Hirsi Ali, anda sasaran selepas ini”.

Tindakan tersebut meningkatkan dan mengukuhkan lagi perasaan anti Islam Joram sehingga beliau merasakan bahawa beliau perlu menjadi ahli politik yang aktif bagi menghentikan keganasan yang berlaku di negara Belanda dengan tujuan untuk menghapuskan Islam. Dan itu juga sebabnya mengapa beliau memilih untuk menulis buku anti Islam iaitu untuk menerangkan bahawa Islam ini merupakan agama yang berbahaya di dunia ini.

Kerjaya beliau sebagai ahli politik

Semasa menjawat sebagai ahli politik Belanda, Joram berusaha sedaya upaya dari pelbagai cara untuk menghapuskan agama melalui akta undang-undang. Antaranya ialah beliau cuba untuk menutup semua sekolah agama di Netherland, menutup semua masjid, mengharamkan Al-Quran sekaligus mengharamkan pengamalan ajaran Islam dari semua sudut. Pada tahun 2017, beliau telah meninggalkan parlimen dan pada waktu itu beliau terfikir untuk menuruskan keinginannya yang tertangguh iaitu menulis buku anti-Islam. Hasrat beliau buku tersebut mengandungi teori dan objektif yang kukuh terhadap kenapa perlunya menolak Islam serta membawa satu konklusi bahawa Islam ini agama yang berbahaya.

Penulisan buku anti-Islam

Sebelum menulis buku anti Islam, pemikiran beliau terhadap Islam sebenarnya dipengaruhi oleh pegangan agamanya disamping kebencian sosial terhadap Islam serta  banyaknya peristiwa-peristiwa buruk yang dilihat seperti ISIS, peristiwa serangan ekstremis Islam bahkan terdapat juga Muslim di Belanda yang pergi ke Syria untuk berjihad. Pengajian perbandingan agama di Universiti juga turut membentuk pemikiran beliau yang salah tentang Islam.

Pada mulanya ramai yang menyangka bahawa Joram hendak menulis buku politik, namun Joram lebih mengetahui tujuannya menulis buku tersebut iaitu ingin menyebarkan bahaya Islam dari perpektif Kristian. Beliau begitu berkobar-kobar untuk menghasilkan sebuah penulisan buku anti-islam lalu menyebabkan beliau banyak membaca dan merujuk bahan berkaitan Islam.  Namun, semasa beliau mengkaji, pengkajian beliau terus menerus membawakan beliau satu konsep yang baru tentang Islam yang mana ia bertentangan dengan apa yang telah beliau perjuangkan dalam arena politik.  Beliau berasa agak pelik namun tidak lama selepas itu, nuansa Islam yang benar dan tepat mula membentuk pemikirannya.

Semasa beliau mengkaji bacaan-bacaan mengenai Islam, ia begitu berbeza dengan apa yang difahaminya. Beliau menyedari bahawa pembacaan beliau mengenai Islam sebelum ini adalah dari para orientalis, yang mana pandangan tersebut sedikit atau tidak berasas dalam sejarah Islam.

Selain membaca buku, beliau juga turut merujuk beberapa orang yang berkelayakan untuk ditanya. Antaranya ialah Professor dari Cambridge iaitu Prof Syeikh Abdul Hakim Murad. Beliau mengunjurkan banyak persoalan kepada Prof yang antaranya ialah kenapa Islam melakukan keganasan? Syeikh Abdul Hakim Murad membalas pertanyaan beliau di samping menyarankan beliau untuk membaca artikel dan buku yang dicadangkan dengan lebih mendalam.

Syeikh Abdul Hakim Murad juga turut menyatakan bahawa buku anti-islam yang dibaca beliau merupakan buku yang ditulis oleh golongan Non-Muslim atau orientalis. Kata Prof Syeikh Abdul Hakim Murad, “Jika kamu ingin mengetahui mengenai agama Kristian, kamu tidak akan membaca rujukannya dari golongan ateis. Kamu perlu membaca buku dari penulis Kristian iaitu kenapa mereka mempertahankan pandangan tersebut? apakah prinsip mereka? Begitu juga dengan agama Islam. Jadi bacalah buku agama Islam dari agamawan dan para Ulama Muslim.”

Sejak itu beliau terus membaca hasil penulisan agamawan Muslim dan mendalami agama Islam.

Prof Syeikh Abdul Hakim Murad

Kajian mengenai Islam menjawab banyak persoalan agama Kristian

Sejak umur 16 tahun, beliau sebenarnya sudah berfikir bagaimana konsep akidah dalam agama Kristian (konsep triniti). Soalan ini sebenarnya turut pernah dinyatakan kepada pendeta, pendakwah bahkan rabbi namun jawapan yang diterima tidak begitu memuaskan hati. Meskipun jawapan yang diterima tidak memuaskan, namun beliau memilih untuk tetap percaya bahawa Tuhan itu wujud dan Nabi Isa merupakan anak tuhan. Persoalan tentang ketuhanan yang bermain difikirannya diketepikan, kerana ia merupakan satu perkara yang kompleks dan sukar difahami.

Namun, persoalan mengenai kristianiti muncul kembali semasa beliau sedang mencari rujukan untuk menulis buku. Bahkan yang paling mengejutkan adalah persoalan tersebut dijawab dalam bentuk Islamik.

Semasa hendak menulis buku tersebut, beliau melakukan perbandingan antara konsep ketuhanan  agama Kristian dan konsep ketuhanan dalam agama Islam. Berdasarkan perbandingan yang dilakukan antara dua agama  ini, beliau melihat bahawa Islam lebih jelas konsep akidahnya berbanding Kristian.

Pembacaan beliau ini semakin lama membetulkan kesalahfahaman beliau mengenai Islam serta dalam masa yang sama turut menjawab persoalan beliau mengenai persoalan kristrianiti seperti konsep trinity, pengorbanan Isa dan konsep penebusan dosa. Apabila semua ini terjawab, beliau akhirnya memilih untuk masuk Islam.

Setelah Joram Van Kleveren masuk Islam

Siapa sangka perjalanan beliau untuk menulis buku anti-Islam menjadikan beliau Muslim. Setelah beliau masuk Islam, ramai yang terkejut mengetahui keputusan beliau. Beliau juga turut menerima 2000 ancaman bunuh daripada oang Kristian. Penulisan beliau tetap diteruskan dan beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Apostate: From Christianity to Islam in Times of Secularisation and Terror”.

Rujukan:

  1. Why I Left the Far-Right | Joram van Klaveren – Youtube
  2. While Writing Anti-Islam Book He Became Muslim! – The Story of Joram Van Klaveren – Youtube