Deklarasi Balfour : Sudah 103 Tahun Bumi Palestin terjajah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber – Google Image

Sebagai Umat Islam, masalah Palestin bukanlah masalah yang perlu ditanggung rakyat mereka sahaja, namun turut menjadi tanggungjawab untuk kita semua warga Muslim berganding bahu. Tanpa disedari 103 tahun sebenarnya negara Palestin telah terjajah dan sehingga ke hari ini masih lagi diperjuangkan. Bibit kepahitan penjajahan ini sebenarnya bermula dengan Deklarasi Balfour.

Pada 2 November 2017, Pihak British telah menyatakan simpati dan persetujuan mereka terhadap aspirasi Yahudi Zionis untuk menubuhkan sebuah negara baru di atas bumi Palestin. Pernyataan tersebut dihantar dalam bentuk sepucuk surat yang dikenali sebagai Deklarasi balfour. Deklarasi Balfour (1917) ialah satu surat dari  Menteri Luar Britain yang bernama Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada Zionis. Deklarasi ini menjadi batu asas akan tertubuhnya negara Israel . Sebelumnya mereka cuba memujuk Sultan Abdul Hamid untuk menyerahkan Palestin kepada mereka, namun pujukan itu tidak berjaya meskipun tukarannya sangat berharga.

Deklarasi Balfour ini dimeterai setelah tamatnya Perang Dunia Pertama. Ia rentetan daripada Perjanjian rahsia Sykes-Picot pada tahun 1916. Perjanjian Sykes-Picot ini  menrupakan satu perjanjian rahsia diantara Britain dan Perancis yang ingin membahagikan jajahan Uthamaniyyah sesama mereka. 

Setelah kekalahan Turki dan Jerman dalam Perang Dunia Pertama, negara berikat iaitu British, Perancis dan Amerika telah membentuk mandat untuk mengambil alih tanah jajahan negara Turki dan Jerman dan diletakkan di bawah naungan negara Amerika. Palestin dan Iraq diletakkan di bawah negara British manakala Syria diletak di bawah negara Perancis.

Sebagai persetujuan bahawa Palestin boleh diberikan kepada Kaum yahudi, maka termeterai lah Deklarasi Balfour ini seperti yang berikut :

Surat Deklarasi Balfour pada tahun 1917

Foreign Office
November 2nd, 1917

Dear Lord Rothschild,

I have much pleasure in conveying to you. on behalf of His Majesty’s Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet

His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavors to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country.

I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.

Yours,

Arthur James Balfour

Isi kandungan Surat dari Arthur James Balfour itu menyatakan bahawa pihak mereka iaitu mesyuarat parlimen Britain telah bersetuju untuk menyokong rancangan-rancangan Zionis mewujudkan negara bagi rakyat Yahudi di Palestin. Deklarasi tersebut menandakan Britain telah memberikan hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel. Pengisytiharan ini merupakan permulaan penjajahan ke atas bumi Palestin yang dipersetujui oleh Britain dan bermulanya dengan rasminya penafian hak kewujudan rakyat Palestin ke atas bumi dan tanah air mereka sendiri.

Jika kita memahami dengan lebih lanjut, sebenarnya penjajahan Bumi Palestin ini bermula dengan penyerahan dari pihak yang tidak memiliki hak dan menyerahkan negara kepada orang yang tidak layak. Penjajahan ini begitu menindas rakyat-rakyat asal yang terpaksa keluar dari bumi mereka sendiri disebabkan Ketamakan Yahudi yang ingin membina negara mereka sendiri.

Namun begitu apakah faktor pendorong menyebabkan pihak British bersimpati dengan pihak Yahudi ? Antara strategi mereka ialah menggantikan Presiden Zionis Theodor Herzl dengan seorang Tokoh Yahudi Rusia bernama Chaim Weizmann. Beliau menetap di England dan semasa Perang Dunia Pertama telah memberi khidmat kepada kerajaan British. Beliau telah menyumbangkan kepakaran beliau sebagai ahli kimia dengan mencipta bahan letupan yang ebrkesan. Disebabkan jasa beliau yang sangat besar, Pihak British berasa terhutang budi dan bersimpati terhadap perjuangan Kaum Yahudi. Maka, sebagai balasannya, British sudi “Mengurniakan” bumi Palestin sebagai mengenang jasa golongan Yahudi.

Menurut Jonathan Schneer, seorang Professor di Georgia Tech’s Schhol of History, technology and Society menyatakan bahawa sebenarnya Tindakan British menyerahkan Palestin adalah kerana kesalahfahaman. Pihak British sebenarnya terpedaya dengan Chaim Weizmann yang berjaya meyakinkan mereka bahawa Yahudi merupakan kuasa besar yang ditakuti. Kuasa komunikasi dengan melobi British Berjaya kerana British mempercayai bahawa Yahudi merupakan sebuah kuasa hebat yang ditakuti disebabkan sentimen anti-semitic (anti-yahudi) oleh Yahudi pada ketika itu. Sentimen anti-yahudi itu menyebabkan mereka memandang Yahudi sebagai satu entiti yang berkuasa dan lebih baik pihak yahudi dijadikan sekutu daripada dijadikan musuh. Selain itu, sebagai pertukaran pihak British ingin Yahudi  mendanai mereka dari sudut kewangan yang melibatkan peperangan. Tambahan lagi, mereka percaya bahawa Yahudi boleh memujuk US menyertai mereka dalam peperangan. Setelah Deklarasi Balfour ini dilaksanakan, pihak Zionis semakin bersemangat ekrana usaha mereka membuahkan hasil. Kemudiannya, penghijrahan Yahudi ke Negara Haram Israel yang bertebaran merata-rata di negara lain dipercepatkan perpindahan mereka menetap di tanah jajahan yang dirampas.

Chaim Weizmann (Presiden kedua Gerakan Zionis)

Pasca Deklarasi Balfour ini, peta negara Umat Islam terus berubah wajah. Kini bumi Palestin telah 103 tahun terjajah, namun  begitu Palestin akan terus dipertahankan oleh semua Muslim. Tidak ada pilihan lain yang boleh dilaksanakan melainkan terus melawan pihak yang menindas mereka. Penjajahan ini memerlukan perpaduan seluruh umat untuk membantu mereka kerana membiarkan negara ini terus ditindas seakan satu penghinaan kepada umat Islam.

Sumber :

  1. Jurnal Usuluddin : Perancangan Zionis Ke Arah pembentukan Negara Israel,
  2. The New York times