Demi keselamatan, kawasan ‘laut terbelah’ ditutup

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
KOTA BHARU, 20 Okt — LENGANG … Pantai Mek Mas kelihatan lengang daripada kunjungan orang ramai berikutan penutupan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) demi menjaga keselamatan pengunjung ketika tinjauan hari ini.?Pantai Mek Mas baru-baru ini menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk melihat Fenomena ‘laut terbelah’ sepanjang lebih satu Kilometer.?Fenomena sejak lebih sebulan lalu itu terjadi disebabkan air surut yang kemudian membentuk beting pasir hingga membolehkan pengunjung berjalan untuk ke tengah lautan.?– fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Kota Bharu: Kawasan ‘laut terbelah’ lebih satu kilometer yang menjadi tarikan baharu orang ramai ke Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini, ditutup sejak tiga hari lalu atas faktor keselamatan.

Tinjauan NSTP di sekitar pantai berkenaan mendapati pita amaran dipasang selain terdapat papan tanda amaran dan bendera merah diletakkan di kawasan itu bagi melarang pengunjung menghampiri lokasi.

Ia dipercayai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di beting pasir berkenaan memandangkan semakin menghampiri musim tengkujuh.

Penghulu Mukim Che Latiff, Zinuddin Daud, 58, berkata, keputusan menutup kawasan itu selepa kata sepakat dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa bencana peringkat jajahan, demi keselamatan semua pihak.

“Sejak beberapa hari lalu, ombak dan air pasang besar menyebabkan benteng pasir yang sebelum ini boleh dilalui kelihatan semakin tenggelam.

“Justeru itu, kita ambil langkah awal dengan menutup kawasan memandangkan ketika tular (mengenai beting pasir) tempoh hari, jumlah pengunjung yang datang ke sini mencecah hampir 500 orang pada hari minggu.

Fenomena 'laut terbelah' sepanjang lebih satu kilometer yang menjadi tarikan baharu kepada orang ramai di Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini, terpaksa ditutup sejak tiga hari lalu atas faktor keselamatan.  VIDEO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Fenomena ‘laut terbelah’ sepanjang lebih satu kilometer yang menjadi tarikan baharu kepada orang ramai di Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini, terpaksa ditutup sejak tiga hari lalu atas faktor keselamatan. VIDEO NIK ABDULLAH NIK OMAR

“Saya juga ingin mengingatkan orang ramai supaya patuh arahan dan jangan sesekali memasuki kawasan pantai untuk riadah kerana boleh membahayakan nyawa mereka,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sementara itu, kakitangan bank, Nur Athirah Zulkaain, 28, berkata, dia datang bersama keluarga untuk melihat fenomena ‘laut terbelah’ tetapi hampa apabila mendapati ia ditutup.

“Kami datang dari Pasir Mas selepas melihat gambar tular di media sosial. Disebabkan kawasan sudah ditutup, maka dapat lihat dari jauh sahaja,” katanya yang memberitahu tindakan penutupan adalah wajar supaya dapat mengelak kejadian tidak diingini.

Fenomena ‘laut terbelah’ di Pantai Mek Mas dilapor berlaku lebih sebulan lalu yang terjadi disebabkan paras laut surut dan membentuk beting pasir hingga membolehkan ia dilalui.

Sumber: My Metro