Didenda RM8,000 ceroboh hutan simpan Ulu Jelai

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Raub: Warga Pakistan didenda RM8,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis tanpa kebenaran, Isnin minggu lalu.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rawan Bakht, mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati bersalah memasuki kawasan hutan di Kompartmen 600 Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis pada 15 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 47(1)(c), Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 [Akta 313] kerana memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran atau permit.

Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Semua barang sitaan iaitu kenderaan Mitsubishi Pajero dilucut hak kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya JPNP Afidatul Azwa Kamarulanwar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh membayar denda.

Sumber: My Metro