Diskaun Saman JPJ Dilanjut Hingga Rabu Depan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 15 Disember depan.

Permakluman mengenai perkara berkenaan dibuat melalui laman Facebook rasmi JPJ tengah malam tadi.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia dan JPJ yang disediakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, ditutup serta merta.

Ia susulan kegagalan pihak penganjur memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Penganjur program berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Sumber: BERNAMA