Setiap manusia akan diuji oleh Allah dalam pelbagai bentuk ujian mengikut kemampuan mereka. Ada yang diuji dengan masalah kewangan, kesusahan hidup, dan ada juga yang ditimpa penyakit sama ada penyakit kecil seperti demam mahupun penyakit berat yang sukar untuk sembuh.
Apabila seseorang itu ditimpa kesakitan, itu petanda Allah sayang kepadanya kerana sakit boleh menjadi penghapus dosa. Oleh itu, kita hendaklah bersabar dan tidak mempersoalkan takdir Allah. Apabila ditimpa kesakitan, kita mestilah memohon doa dan kesembuhan dari Allah SWT.
Diantara doa-doa ketika sakit yang boleh diamalkan ialah:
- Letakkan tangan di bahagian anggota badan yang sakit
- Baca “بِسْمِ اللهِ” sebanyak 3 kali
- Kemudian membaca doa seperti diatas sebanyak 7 kali
“Aku berlindung dengan Allah SWT dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti.”
Doa diatas adalah dari Surah Al-Anbiya’ ayat 83 iaitu doa Nabi Ayub AS ketika baginda ditimpa penyakit kulit yang dahsyat. Walaupun dalam keadaan yang lemah, baginda tidak pernah berhenti beribadah dan memohon kesembuhan dari Allah.
“Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”
“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, Tuhan yang menyembuh penyakit, sembuhkanlah (penyakit hamba-Mu ini) kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada yang menyembuhkan melainkan penyembuhan daripada-Mu (jadikanlah ia) penyembuhan yang tidak diulangi dengan penyakit lagi.”
Doa adalah senjata bagi orang Mukmin. Oleh itu, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Semoga kita akan sentiasa dirahmati dan diberi kesihatan yang berpanjangan. InshaAllah. Aamiin.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)