Dua ADUN Positif COVID-19, Sidang DUN Kelantan Tangguh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan terpaksa ditangguhkan susulan ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disahkan positif COVID-19.

Penangguhan itu diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob selepas DUN Kelantan sebulat suara tanpa bahas meluluskan Bajet 2022 di sini pada Ahad.

Difahamkan, dua ADUN positif COVID-19 iaitu ADUN Tendong, Mohd Rozi Mohamad dan ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.

Sementara ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail pula merupakan kontak rapat kepada anaknya yang dijangkiti COVID-19.


Sumber: AWANI