Setiap manusia sentiasa diberi peluang untuk beribadah kepada Allah kerana ia adalah kesempatan yang paling utama untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Namun, buat wanita yang dalam keadaan haid, pasti wujud kekangan-kekangan ibadah seperti tidak boleh menunaikan solat, mengaji Al-Quran dan berpuasa.
Bagaimanapun, apabila kita amati maksud sebenar ibadah, ia tidaklah mencakupi perbuatan-perbuatan besar dan wajib sahaja, tetapi lebih luas dari itu.
Bahkan , ibadah pula terdapat pelbagai jenis sama ada yang wajib mahupun yang sunat. Jadi, wanita yang dalam keadaan haid juga boleh mendekati Allah dengan melakukan ibadah-ibadah yang ada.
Ibnu Qayyim Al-Jauzi menyebut bahawa antara ibadah ringan dan mudah yang boleh dilakukan adalah ‘ibadah hati’.
Apa yang dimaksudkan dengan ibadah hati? Ibadah hati ertinya mengingati Allah secara di dalam hati.
Beliau berkata – “Sesungguhnya, ibadah hati lebih agung dan lebih berat berbanding ibadah jawarih (anggota badan).”
Ia adalah ibadah ringkas yang boleh sentiasa menjernihkan hati daripada perasaan-perasaan negatif dan juga dapat menjadikan hati kita sentiasa hidup.
Jadi, apa itu dua ibadah hati yang boleh dilakukan?
1.Beristighfar
Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas, beliau berkata bahawa Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Barangsiapa yang melazimi membaca istighfar, Allah akan menjadikan dari setiap kesedihan, kelonggaran dan dari setiap kesempitan jalan keluar dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka.” (HR Ibnu Majah, no. 3809)
- Berzikir
Imam Maimun Ibn Mihran berkata – “Zikir itu ada dua. Zikrullah dengan menggunakan lisan (lidah) dan yang lebih afdal dari itu adalah kamu mengingatinya ketika mana kamu hampir melakukan maksiat.” (Rujuk Hilyah Al-Awliya’, Abu Nu’aim 4/87)
Walaupun wanita yang dalam keadaan haid tidak boleh ‘tunduk bersujud’ kepada Allah, namun kita masih punya banyak lagi cara untuk mendekati Allah.
Dan cara yang paling mudah adalah dengan melakukan ibadah hati.
Sumber: TZKRH.COM