Dua Kematian Direkodkan Akibat Denggi di Kelantan Setakat Jun Tahun Ini – Dr Zaini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Sebanyak dua kematian dilaporkan akibat denggi sehingga minggu epidemik ke 23 iaitu pada 5 hingga 11 Jun di Kelantan pada tahun ini.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini, tiada kes kematian yang direkodkan akibat denggi berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, kumulatif keadian kes denggi di negeri Kelantan sehingga 11 Jun tahun ini mencatatkan 197 kes berbanding 101 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu dengan peningkatan sebanyak 96 kes atau 95.05 peratus.

“Pada tahun ini juga terdapat 10 episod wabak denggi dilaporkan di Kelantan berbanding lima episod wabak denggi bagi tempoh yang sama pada tahun 2021.”

“Pada masa yang sama juga terdapat lima kes wabak denggi aktif di seluruh negeri Kelantan iaitu di Badang, Kota dan Panji di Kota Bharu dan di Taman Sri Mahang serta Bukit China 2 di Ketereh,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, daripada 94,867 premis dan rumah kediaman yang diperiksa sebanyak 2,967 premis dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik.

Sehubungan itu, JKNK telah mengeluarkan sebanyak  461 kompaun yang dicadang dengan nilai RM230,500 mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

“Jika rumah kediaman seseorang itu berada di kawasan wabak denggi dan hasil pemeriksaan menjumpai pembiakan nyamuk aedes, maka kompaun sebanyak RM500 akan dikeluarkan tanpa sebarang rayuan pengurangan,” jelasnya.

Menurutnya, dalam tempoh yang sama sebanyak 36 Notis Seksyen 8 telah dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes.

Sumber: BERNAMA